5 Kepentingan Vitamin C Shaklee Yang Anda Patut Tahu


5 Kepentingan Vitamin C Shaklee Yang Anda Patut Tahu

Sudahkah Anda Mengambil Vitamin C Hari Ini?

Sesetengah orang mungkin memerlukan lebih banyak vitamin C. Adakah anda salah seorang daripada mereka?

Semua orang memerlukan vitamin C. Vitamin ini memainkan pelbagai peranan penting daripada memastikan badan anda mempunyai pertahanan imun yang kuat, kepada menyokong penghasilan kulit, mengekalkan kulit yang berseri dan kelihatan lebih muda, mengekalkan fleksibiliti sendi, dan memberi manfaat antioksidan.

Vitamin C Shaklee Lebih Daripada Sekadar untuk Pertahanan Badan.

Ramai sudah tahu bahawa vitamin C adalah penawar bagi selesema. Benar, tetapi ia juga ada banyak manfaat lain! TIDAK PERCAYA? TERUSKAN MEMBACA!


5 Kepentingan Vitamin C Shaklee Yang Anda Patut Tahu

1. Untuk Kulit Mulus dan Berseri


Pencemaran, cahaya matahari yang terik, tekanan dan perubahan hormon boleh menjejaskan kesihatan kulit kita. Terima kasih kepada vitamin C, kulit anda akan tampil sihat berseri luaran dan dalaman!

✅️Vitamin C Shaklee memainkan peranan penting dalam penghasilan kolagen, meminimumkan tompok usia dan membantu menyamaratakan tona kulit.

✅️Mengandungi ciri anti-keradangan yang kuat untuk membantu mengurangkan kemerahan yang disebabkan jerawat.

✅️Meningkatkan penghasilan semula kulit dengan menggalakkan penghasilan kolagen.
 
2. Untuk Tahap Tenaga Yang Lebih Baik
Berasa letih atau lesu ketika hamil adalah perkara biasa. Vitamin C Shaklee membantu dalam:

✅️Meningkatkan tahap tenaga dengan menyokong penyerapan zat besi.

✅️Membantu dalam penghasilan cartinine, molekul yang membantu menukar lemak kepada tenaga.

3. Antioksida dan Sokongan Pertahanan ke Arah Lebih Sihat
Radikal bebas boleh menyebabkan penyakit dalam jangka masa panjang dan kemerosotan sel pula melemahkan fungsi sel. Vitamin C Shaklee membantu untuk:

✅️Bertindak sebagai antioksida yang kuat untuk melindungi sel daripada tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas.

✅️Meningkatkan perlindungan badan dengan merangsang penghasilan dan fungsi sel imun.

4. Untuk Sendi yang Fleksibel
Alangkah bahagianya apabila dapat bergerak bebas dan menjalani kehidupan sepenuhnya. Dengan vitamin C Shaklee, ia menyokong fleksibiliti sendi dengan:

✅️Menggalakkan penghasilan kolagen (protein utama dalam sendi dan tulang).

✅️Mengurangkan keradangan dan melindungi tulang rawan daripada mengalami kerosakan.

5. Untuk Gusi Yang Sihat
Hari yang hebat bermula dengan senyuman yang ceria. Kurangkan risiko mengalami masalah nafas berbau dan kerosakan gigi dengan vitamin C Shaklee.

Ia membantu mengekalkan tisu penghubung yang penting untuk gusi dan gigi yang sihat.


Vitamin C Shaklee juga disebut Sustained Release Vita-C Plus™. Vitamin C Shaklee merupakan vitamin C semula jadi.


KEISTIMEWAAN VITAMIN C SHAKLEE

✅️ Sustained Release Vita-C Plus™ adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

✅️ Dengan sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

✅️ Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.

Best kan Vitamin C Shaklee? Apa yang anda tunggu lagi! Grab sekarang untuk kesihatan yang lebih baik anda dan keluarga anda.

Anda juga boleh membaca tentang KEPENTINGAN VITAMIN C SHAKLEE UNTUK KESIHATAN IMUN di blog momstoreretail.blogspot.com. ini juga sebagai info tambahan anda.

Terima kasih kerana sudi membaca sehingga di sini. Jangan lupa komen😘

Alhamdulillah 'ala kulli hal 
Assalamualaikum. 


#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#shakleepuchong2023


Disclaimer: Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda di bawah rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen kesihatan.
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post