Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee dan Pengalaman Saya Bersamanya

Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee dan Pengalaman Saya Bersamanya

"Alhamdulillah double line!"

Allah izinkan ada nyawa iaitu Razin ada dalam rahim Syida.

Nyawa yang pertama Allah bagi hadiah kepada Syida dan suami sebagai ibu dan ayah berserta tanggungjawab yang besar untuk menjaga dan mendidik khalifah Allah. Syukur Alhamdulillah.🤲

Ni cerita masa tahun 2013. Bukan tahun ni ya😝

Bermula dari sini la Syida mencari makanan yang terbaik untuk Syida makan demi nyawa yang ada di dalam rahim. Excited pun ada, happy pun ada. Bermacam perasaan yang tak boleh nak digambarkan.

Dari situlah bermula Syida kenal Shaklee. Syida makan vitamin Shaklee sepanjang Syida hamil. 

Bersambung pulak dengan menyusu dan ambil Set Berpantang serta Set Menyusu Shaklee untuk Razin sehingga Razin umur 3 tahun. 

Alhamdulillah Allah izin dapat susukan Razin secara exclusive dengan susu ibu dengan bantuan vitamin Shaklee. Syukur padaMu Ya Rab!🤲

Ni lah Razin anak pertama Syida

Pada tahun 2017 Syida makan lagi vitamin Shaklee untuk ibu hamil sepanjang mengandungkan anak Syida yang kedua iaitu Adeeb. Semasa berpantang, Syida juga makan vitamin Shaklee untuk ibu berpantang dan untuk ibu menyusu. 

Alhamdulillah dengan izin Allah Syida berjaya menyusu secara exclusive dengan susu ibu selama 2 tahun untuk Adeeb dengan bantuan vitamin Shaklee.

Kalau 'balik belakang' tengok balik perjalanan menyusu Adeeb memang agak stuggle sebenarnya. 🤭

Tapi..

Syukur 🤲 sangat masa ni Allah izinkan dapat beri hak Adeeb dengan menyusu susu ibu walaupun tengah mengandung anak nombor 3 Husna. 

Allah.. 

Tiada daya upaya kita melainkan dengan izinNya sahaja. Nikmat apa lagi yang nak kau dustakan wahai Nurul Syahida.🥺

Gambar kenangan Adeeb di UPSI. Masa ni hantar maksunya masuk UPSI

Begitu juga pada tahun 2019. Syida mengandung lagi anak yang ketiga pula iaitu Husna. Sama juga dengan proses mengandung dan melahirkan anak pertama dan kedua. Syida masih lagi makan vitamin Shaklee untuk ibu hamil, berpantang dan menyusu sepanjang proses itu. 

Alhamdulillah sekali lagi dengan izin Allah Syida berjaya menyusu secara exclusive dengan susu ibu selama 2 tahun untuk Husna asbab dari bantuan vitamin Shaklee juga. Syukur sangat Ya Allah.

Pada tahun 2021 pula, Allah bagi lagi rezeki anak iaitu Aleeya di dalam kandungan. Masa ni Syida masih menyusukan Husna. Belum cukup 2 tahun lagi Husna pada masa tu.

Gambar kenangan dengan Husna. Masa ni pergi majlis open house Pak Ndak sekeluarga di Putrajaya.

Perjalanan mengandung, berpantang, menyusu Aleeya sama juga dengan abang-abang dan kakaknya. Masih lagi Syida di temani vitamin Shaklee sepanjang proses Aleeya di dalam kandungan, semasa berpantang dan sepanjang proses menyusu.

Syukur Alhamdulillah sekarang Syida sudahpun berjaya menyusukan Aleeya selama 1 tahun 4 bulan. Lagi 6 bulan untuk cukupkan penyusuan selama 2 tahun.

Dan yang ni pulak gambar kenangan Aleeya bersama dengan nenek di Terengganu.

Sepanjang Syida makan vitamin Shaklee sejak Februari tahun 2014, alhamdulillah banyak sangat Shaklee effect yang Syida dapat sejak bershaklee. 🥰

Salah satunya, keloid (parut yang timbul) asbab operation appendix dah rata. Warna parut tu pun dah sama dengan warna kulit. Adik beradik Syida selalu panggil parut tu lipan🤭🤣. Buruk la kan berparut macam tu. Haha. Tapi sekarang dah tak lagi. Cantik macam tak pernah operate pun.🥰 

Selain tu, tona kulit pun dah sekata cerah memang ada beza kalau nak bandingkan dengan masa zaman tak bershaklee dan tak berYouth. Nasib baik ada orang suka jugak walaupun kulit hitam manis.😜🤭.

Kalau nak tau, bacaan HB Syida masa mengandung pun alhamdulillah sangat di paras border line bacaan HB normal. Sangat baik lah tu untuk pembawa thalassemia seperti Syida ni. Ada orang pembawa thalassemia tak dapat pun angka 11 tu. Syukur alhamdulillah untuk keempat-empat pengalaman mengandung, berpantang, dan, menyusu dengan vitamin Shaklee. 🤲

Eh..macam panjang pulak ceritanya. Harap-harap anda sudilah baca ya.😋

Okay sambung lagi. Tahu tak 2019 keluarga Syida diuji dengan influenza B. Semua kena kecuali Syida. Suami dan anak-anak kena dan terpaksa warded Adeeb anak nombor 2 sebab jangkitan paru-paru. Masa tu Syida tengah mengandung anak nombor 3 Husna. Kandungan masa tu 5 bulan.

Syukur sangat-sangat Allah izinkan Syida sihat dan imun badan kuat asbab konsisten makan vitamin Shaklee masa tu. Jadi Syida dapat jaga anak di ward.

Dan banyak lagi effect yang Syida dapat asbab dari makan vitamin Shaklee. Kalau nak diceritakan dalam satu entri ni memang tak habis. Hehe. InshaAllah Syida akak sambung lagi Shaklee effect pada diri Syida di entri yang lain. 

Ada 3 sebab Syida Memilih Vitamin Shaklee

1. Selamat
2. Terbukti
3. Berkesan

SELAMAT
Komitmen Jangka Panjang Shaklee untuk Ketulenan, Keselamatan Dan Keberkesanan.

Di Shaklee, Shaklee sangat obses terhadap kualiti setiap produknya. Walaupun pengeluar menjalankan ujian ini, apabila produk ini dihantar ke Shaklee, Shaklee menjalankan ujian bebasnya sendiri. Shaklee mengendalikan lebih 100,000 ujian kawalan kualiti setiap tahun untuk memastikan kualiti dan potensi produk Shaklee kepada anda.

PURITY
KETULENAN DAN KESELAMATAN TERJAMIN!

350 UJIAN KE ATAS SETIAP BAHAN BOTANI BARU UNTUK PENCEMARAN YANG BERBAHAYA, RACUN PEROSAK DAN SISA LAIN.

KUALITI DAN KEMUJARABAN TERJAMIN!

100,000+ JUMLAH UJIAN KAWALAN KUALITI SETIAP TAHUN YANG DILAKUKAN OLEH SHAKLEE.

ORGANIK

300+ 3X LEBIH UJIAN TERHADAP RACUN PEROSAK DARI YANG DIPERLUKAN OLEH PHARMACOPEIA AMERIKA SYARIKAT.


TERBUKTI

Formula unik Shaklee EKSLUSIF TERSEDIA dari Shaklee.
Produk Shaklee disokong oleh lebih daripada 100 paten dan yang sedang dipaten. 

Shaklee mempunyai lebih daripada 135 kajian klinikal, kertas saintifik, dan pembentangan, termasuk Kajian Landmark dan Kajian Telomere.

“ Kajian Landmark dan Telomere menunjukkan bahawa populasi Shaklee sangat sihat daripada populasi umum. ”

DR. ELIZABETH BLACKBURN
Pemenang Hadiah Nobel dalam Perubatan 2009

Dr. Blackburn mendapati bagaimana kromosom dilindungi oleh telomer dan enzim telomerase.


BERKESAN

Atlet yang dikuasakan oleh Shaklee telah memenangi 137 pingat emas, perak, dan gangsa dalam perlawanan. 

Produk Shaklee memberikan perbezaan dalam kehidupan berjuta-juta orang, dari atlet pasukan prestasi tulen kelas dunia Shaklee sehinggalah ke angkasawan NASA. 
Dan ia dibuktikan oleh orang seperti anda dan saya.

Menarik bukan pengalaman Syida bersama Vitamin Shaklee? Apa yang anda tunggu lagi! Grab sekarang untuk kesihatan yang lebih baik anda dan keluarga anda.

Anda juga boleh membaca tentang Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee di blog pafwellness.blogspot.com ini juga sebagai info tambahan anda.


Terima kasih kerana sudi membaca sehingga di sini. Jangan lupa komen😘

Alhamdulillah 'ala kulli hal 
Assalamualaikum. 


#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#shakleepuchong2023


Disclaimer: Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda di bawah rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen kesihatan


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post