Set Mengandung Shaklee Untuk Wanita Mengandung Seawal Trimester Pertama

Set Mengandung Shaklee Untuk Wanita Mengandung Seawal Trimester Pertama 

Assalamualaikum 
Bismillahi MashaAllah

Tahniah jika anda ke entri ini kerana anda mengandung.

Anda baru memulakan perjalanan sebagai wanita mengandung atau ibu?

Entri Syida sebelum ini menceritakan tentang 6 Keperluan Nutrien Asas Wanita Mengandung Untuk Kehamilan Yang Sihat. Kali ini, Syida akan ceritakan Set Mengandung Shaklee Untuk Wanita Mengandung Seawal Trimester Pertama pula.

Nutrisi yang baik adalah salah satu hadiah terbesar yang wanita mengandung seperti anda boleh berikan kepada bayi anda untuk permulaan terbaik dalam hidupnya. 

PENGAMBILAN NUTRISI KEHAMILAN MEMBANTU IBU MENDAPAT BAYI YANG SIHAT

Kehamilan memerlukan lebih tenaga, blok binaan, dan bantuan pada peringkat sel. Berat bayi semasa lahir, kadar tumbesaran selepas lahir, dan kesihatan yang berpanjangan boleh dipengaruhi oleh pengambilan nutrisi semasa kehamilan, gaya hidup, dan status kesihatan wanita mengandung itu sendiri. Oleh itu, membuat pilihan melalui pengambilan nutrisi kehamilan yang baik sepanjang tiga trimester adalah sangat penting. Walaupun semua nutrien adalah penting untuk menyokong kehamilan yang sihat, beberapa vitamin dan mineral memainkan peranan yang utama dalam perkembangan anak anda.

Sekarang anda boleh tambahkan 6 nutrien ini ke dalam diet anda!

NUTRISI UNTUK WANITA MENGANDUNG

1. ESP MIXED SOY PROTEIN ISOLATE POWDER WITH VANILLA FLAVOUR 
✅️ Protein adalah nutrien-nutrien penting untuk kehamilan yang sihat serta untuk tumbesaran dan perkembangan bayi

✅️ Protein penting dalam membantu perkembangan janin seperti pembentukan organ, tisu, otot dan keseluruhan struktur badan bayi terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga 

✅️ Tumbesaran dan penyelenggaraan tisu badan ibu memerlukan protein yang tinggi kerana kehamilan memberikan tekanan kepada tubuh badan wanita seperti meregangkan sel-sel dan rahim

✅️ Protein dapat membantu menyokong imuniti ibu. Ianya sangat penting untuk fungsi normal sistem pertahanan badan

✅️ ESP dapat membantu memberikan tenaga berterusan dengan protein tumbuhan supaya kekal aktif sepanjang hari

✅️ ESP merupakan makanan lazat yang kaya kalsium dan protein. Protein soya membantu
mengurangkan kolesterol.

Catatan: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberi kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari

✅️ Protein ESP dapat membantu menggalakkan penghasilan susu badan dan pengurusan berat badan untuk ibu yang menyusukan anak.

ESP – Pilihan Lebih Baik, Lebih Sihat!


KEISTIMEWAAN SHAKLEE ESP (Mixed Soy Protein Isolate Powder)

📌Membekalkan 14g protein Rendah Indeks Glisemik dalam setiap hidangan.

📌Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – penarafan tertinggi keterhadaman protein dan protein yang paling berkualiti.

📌 Protein soya yang tidak diubahsuai secara genetik (Non-GMO)

📌 Kaya dengan kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat

📌 Mengurangkan kolestrol. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol. Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan kolesterol dalam darah adalah 25g sehari.

📌 Snek untuk Kehamilan Sihat!
Rendah lemak, tinggi protein dan berkhasiat untuk menyokong pertumbuhan bayi.

2. B-COMPLEX PLUS WITH FOLIC ACID
✅️ Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel badan wanita mengandung.

✅️ Vitamin B merupakan nutrien penting untuk kehamilan yang sihat serta mengurangkan risiko kecacatan kelahiran.

✅️ Vitamin B dapat membantu dalam pembentukan tiub. Folik Asid (89) penting untuk membentuk tiub saraf dan pengambilan yang mencukupi mengurangkan risiko kecacatan.

 ✅️Vitamin B dapat membantu menyokong kesihatan otak dan sistem saraf. Vitamin B dapat membantu mencegah isu-isu seperti gangguan perkembangan serta menyokong perkembangan kognitif janin.

✅️ Vitamin B dapat membantu merangsang penghasilan tenaga ibu dengan membantu tubuh badan memanfaatkan nutrien-nutrient untuk penghasilan tenaga.

KEISTIMEWAAN SHAKLEE B-COMPLEX PLUS WITH FOLIC ACID 

📌 Dilengkapi dengan Sistem Penghantaran Bioaktif Berpaten. Ia dapat meningkatkan akses nutrien untuk menyokong penyerapan ke dalam tubuh badan.

📌 Shaklee B-Complex membekalkan kesemua lapan Vitamin B yang seimbang untuk menguatkan tubuh anda serta melengkapi jurang nutrisi Vitamin B.

📌 8 Vitamin B lengkap yang terdapat di dalam Shaklee B-Complex ialah :

Vitamin B1(Thiamine Mononitrate)
Vitamin B2 (Riboflavin)
Vitamin B3 (Niacinamide)
Vitamin B6 (Pyridoxine Hydrochloride)
Folic Acid
Vitamin B12 (Cyanocobalamin)
Biotin
Pantothenic Acid (Calcium D - Pantothenate)

📌 Shaklee B-Complex membekalkan kuantiti Asid Folik dan biotin cukup, sesuai untuk tubuh yang sihat.

3. VITA-LIZE
✅️ Multivitamin dan zat besi merupakan nutrien-nutrien penting untuk kehamilan yang sihat dalam menyokong pembentukan sel darah merah

✅️ Multivitamin membantu membekalkan nutrien-nutrien penting untuk ibu dengan mengisi jurang pemakanan ibu untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat.

✅️ Multivitamin dapat membantu mencegah masalah anemia. Zat besi sangat penting untuk menghasilkan lebih banyak sel darah merah yang diperlukan untuk peningkatan isipadu darah. Kekurangan zat besi boleh mengakibatkan anemia disebabkan kekurangan zat besi.

✅️ Multivitamin membantu membekalkan oksigen untuk janin. Oksigen penting untuk perkembangan dan tumbesaran bayi, pembahagian sel dan kesejahteraan keseluruhan.

KEISTIMEWAAN SHAKLEE VITA-LIZE

📌 Setiap hidangan iaitu 2 tablet membekalkan 25 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan untuk tubuh badan yang sihat, termasuk:
• Vitamin C • Kalsium • Zat besi • Vitamin B • Asid folik

📌 Sistem salutan penghantaran Mikro yang dipatenkan direka untuk memastikan penyerapan asid folik yang berkesan.

4. OSTENUTRIX

✅️ Kalsium merupakan nutrien-nutrien penting untuk kehamilan yang sihat dengan membantu membina tulang yang kuat dan banyak lagi

✅️ Kalsium dapat membantu menyokong kesihatan tulang ibu. Kalsium merupakan nutrisi penting untuk menyokong tumbesaran tulang bayi. Kalsium yang mencukupi penting untuk menyokong tulang ibu sepanjang proses kehamilan.

✅️ Pengambilan kalsium yang cukup dapat membantu mengurangkan kekejangan otot. Kalsium dapat membantu mengawal atur pengecutan otot. la membantu mengurangkan kekejangan otot semasa kehamilan.

✅️ Dengan pengambilan kalsium yang cukup dapat membantu mengurangkan risiko komplikasi kehamilan. Kalsium dapat membantu mengurangkan risiko komplikasi kehamilan seperti darah tinggi ketika hamil dan kelahiran pramatang.

KEISTIMEWAAN SHAKLEE OSTENUTRIX 

📌 Bukan sekadar kalsium!

📌 Dirumus secara khas dengan gabungan 7 nutrien- nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan dan boron untuk membantu membina jisim tulang. 

Kalsium berfungsi dalam membina blok binaan untuk tulang

Magnesium membantu meletakkan talium ke dalam das tulang

Vitamin D merangsang penyerasan kalsium

Boron menyokong metabolisma tulang

Mangan, Kuprum, Zink mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang.

📌 Kaplet yang kecil dan mudah ditelan.

5. OMEGA GUARD
Asid Lemak Omega-3 adalah nutrien-nutrien penting untuk wanita mengandung dan bayi yang gembira dan sihat serta membantu menyokong perkembangan otak bayi dan mood ibu itu sendiri.

✅️ Asid Lemak Omega-3 sangat membantu menyokong perkembangan sistem saraf bayi kerana 25% asid lemak di dalam otak
terdiri daripada omega-3, menjadikannya nutrien yang sangat penting untuk perkembangan sistem saraf.

✅️ Bayi yang ibunya yang mengambil minyak ikan omega-3 semasa mengandung mempunyai tahap fokus yang lebih tinggi.

✅️ Asid Lemak Omega-3 adalah komponen utama dalam perkembangan otak dan mata bayi. Ia adalah nutrien yang amat penting sepanjang kehamilan dan semasa zaman kanak-kanak. Ia juga menyokong perkembangan penglihatan yang sihat dan menggalakkan tidur yang lebih lena.

✅️ Menyokong penyembuhan selepas bersalin dan pemulihan. Asid lemak Omega 3 mengandungi ciri-ciri anti keradangan untuk mengurangkan keradangan dan menyokong proses pemulihan.

✅️ Menghalang tekanan selepas bersalin. Kajian mendapati dengan membekalkan suplemen minyak kaya dengan EPA boleh mengurangkan tekanan semasa dan selepas hamil dengan efektif

KEISTIMEWAAN SHAKLEE OMEGA GUARD

📌 Penyulingan Molekular 3 Peringkat Untuk ketulenan dan keberkesanan

📌 Pati Minyak Ikan yang Mengandungi EPA dan DHA

📌 Ikan Kecil - Kadar pengumpulan toksin yang rendah

📌 Diperakui oleh Friend of The Sea - Bekalan berpanjangan tanpa merosakkan persekitaran

📌 7 jenis asid lemak Omega-3 tulen yang berspektrum luas yang memberikan anda nilai yang sama dengan hidangan lengkap

📌 Kurang bau dan rasa hanyir selepas diambil -penerimaan yang lebih baik

6. SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS 
Semasa mengandung, badan wanita mengandung mengalami perubahan hormon yang mempengaruhi sistem imun, menyebabkan wanita mengandung mudah terdedah kepada jangkitan dan ianya merbahaya kepada ibu dan juga bayi. 

Pengambilan vitamin C secara berkala dikalangan ibu mengandung didapati dapat membantu dalam:

✅️ Mengurangkan kemungkinan komplikasi semasa hamil.

✅️ Meningkatkan perlindungan imun untuk kesihatan wanita mengandung dan bayi.

✅️ Meningkatkan penyerapan zat besi, menurunkan kemungkinan berlakunya anemia.

KEISTIMEWAAN SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS 

📌 Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus dengan vitamin C.

📌 Mempunyai sistem pelepasan berperingkat untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran.

📌 Nutrisi 1 tablet bersamaan 7.5 buah oren atau 6 cawan brokoli atau 119 biji lobak merah

📌 Dihasilkan dari ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif

📌 Dihasilkan pada tahun 1981 dengan teknologi 'Sustained Release' yang pertama di dunia oleh Dr. Forrest C. Shaklee

📌 Diperbuat dari bahan semulajadi yang selamat untuk diambil dalam jangkamasa panjang dam terbukti melalui kajian saintifik

📌 1 tablet mengandungi 500mg Vitamin C

Anda juga boleh membaca tentang Set Mengandung Shaklee - Nutrisi Lengkap Buat Ibu Hamil dari blog aeinnamusa.com ini juga sebagai info tambahan anda.

Terima kasih kerana sudi membaca sehingga di sini. Jangan lupa komen😘

Alhamdulillah 'ala kulli hal 
Assalamualaikum. 


#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#shakleepuchong2023


Disclaimer: Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda di bawah rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen kesihatan.
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post