6 Keperluan Nutrien Asas Wanita Mengandung Untuk Kehamilan Yang Sihat

6 Keperluan Nutrien Asas Wanita Mengandung Untuk Kehamilan Yang Sihat

SELAMAT DATANG, BAKAL IBU!

Kehamilan adalah satu pengalaman yang indah. Sememangnya dalam keterujaan, wanita mengandung dan bapa tentu juga berasa gementar menanti kelahiran si manja. Kehamilan merupakan antara fasa kehidupan wanita dimana ia memerlukan nutrisi yang sangat tinggi.

Keperluan nutrisi semasa mengandung adalah lebih tinggi untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi yang pesat serta meningkatkan simpanan nutrisi bagi bakal wanita mengandung. Oleh itu, sentiasalah memilih nutrisi untuk anda dan bayi! Ini adalah hadiah terhebat yang boleh anda berikan untuk anak-anak anda kelak!

MAKAN UNTUK WANITA MENGANDUNG DAN BAYI

Anda adalah apa yang ibu anda makan.

Tabiat pemakanan dan gaya hidup wanita mengandung boleh memberi kesan yang mendalam sepanjang hayat kepada kesihatan anaknya. Wanita mengandung yang sihat dan mengambil nutrisi secukupnya lebih cenderung mempunyai kehamilan yang sihat. Ini termasuklah kurangnya komplikasi semasa kehamilan, yang meningkatkan peluang melahirkan cahaya mata yang sihat. Bayi yang sihat mempunyai peluang lebih baik untuk membesar sebagai kanak-kanak yang sihat dan, satu hari nanti, menjadi orang dewasa yang sihat juga.

Langkah pertama ke arah kehamilan yang sihat ialah memilih nutrisi untuk anda dan bayi. Pastikan nutrien harian anda dapat membantu mengisi jurang nutrisi yang mungkin berlaku pada wanita mengandung supaya dapat membina asas kesihatan yang kukuh untuk bayi yang sihat.

Jum Syida terangkan 6 Keperluan Nutrien Asas Wanita Mengandung Untuk Kehamilan Yang Sihat seperti di bawah:


1. Protein

Apa yang baik untuk wanita mengandung, juga baik untuk bayi.
Ambil lebih banyak protein untuk:
✅️ Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat terutama semasa trimester kedua
dan ketiga di mana bayi anda menjalani proses pertumbuhan yang pesat.
✅️ Pertumbuhan tisu payudara dan rahim optimum bagi wanita mengandung semasa hamil.


2. Multivitamin dan Zat Besi

Merupakan vitamin perlu dan mineral yang sangat penting bagi wanita mengandung yang membantu untuk:
✅️ Menutup jurang nutrisi wanita mengandung supaya ibu dan bayi mendapat semua nutrien perlu bagi mengekalkan kesihatan badan.
✅️ Menyokong penghasilan sel darah merah untuk membantu membawa oksigen dan menghantarnya kepada bayi serta mencegah anemia pada wanita mengandung.


3. Vitamin B

Vitamin B lengkap seperti vitamin B12, folat, vitamin B6, biotin, asid pantotenik, niasin, tiamina dan riboflavin adalah penting untuk meningkatkan kesihatan wanita mengandung dan bayi dengan:
✅️ Menyokong perkembangan tiub saraf bayi.
✅️ Meningkatkan tenaga semula jadi untuk wanita mengandung dan bayi yang membesar dalam kandungan.
✅️ Mencegah kecacatan kelahiran seperti kecacatan tulang belakang dan otak melalui pengambilan asid folik terutama semasa peringkat awal kehamilan.


4. Kalsium

Keperluan untuk mengambil kalsium meningkat semasa kehamilan kepada sekurang-kurangnya tiga hidangan sehari untuk:
✅️ Membantu perkembangan tulang dan gigi bayi yang sihat.
✅️ Mengawalatur penggunaan cecair dalam badan wanita mengandung.
✅️ Mengembalikan simpanan kalsium ibu.


5. Vitamin C

Selain bertindak sebagai antioksidan dan meningkatkan penghasilan sel imun, vitamin ini juga sangat penting bagi wanita mengandung untuk:
✅️ Membantu pembentukan tisu penghubung, pertumbuhan otot dan tulang.
✅️ Menyokong penyerapan zat besi.
✅️ Menyokong pembentukan kolagen yang menjadi bahagian penting dalam salur darah.


6. Asid Lemak Omega-3

Asid dokosaheksaenoik (DHA) dan asid eikosapentaenoik (EPA) adalah sangat penting untuk perkara berikut:
✅️ Menyokong perkembangan otak, mata, dan psistem saraf bayi.
✅️ Menyokong kesihatan otak wanita mengandung.
✅️ Mencegah keradangan.

Tahukah anda!

Bayi yang ibunya mengambil minyak ikan omega-3 semasa kehamilan mempunyai tahap fokus yang lebih tinggi.
 
Asid Lemak Omega-3 adalah komponen utama dalam perkembangan otak dan mata bayi. Ia amat penting sepanjang kehamilan dan semasa zaman kanak-kanak. Ia juga menyokong perkembangan penglihatan yang sihat dan menggalakkan tidur yang lebih lena.

Anda juga boleh membaca di 5 Keperluan Asas Wanita Mengandung Dengan Sihat di blog ini juga sebagai info tambahan anda.

Terima kasih kerana sudi membaca sehingga di sini. Jangan lupa komen😘

Alhamdulillah 'ala kulli hal 
Assalamualaikum. 



#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#shakleepuchong2023


Disclaimer: Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda di bawah rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen kesihatan.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post