4 Vitamin Wajib Dan Utama Wanita Masa Kini

4 Vitamin Wajib Dan Utama Wanita Masa Kini

Assalamualaikum 
Bismillahi MashaAllah

Panduan Nutrisi untuk WANITA pada semua peringkat umur
Sumbangan wanita kepada insan-insan di dalam kehidupan mereka memang tidak terhitung banyaknya, tetapi untuk berbuat demikian, mereka perlu menjaga diri mereka sendiri terlebih dahulu. Sayangi diri anda dan wanita di sekeliling anda dengan memberi tumpuan kepada pemakanan dan penjagaan kesihatan diri yang betul.

Bagi wanita Dewasa, kesan semulajadi akibat perubahan hormon yang berlaku sepanjang bulan dan kehidupan yang sibuk menyukarkan wanita ntuk mengekalkan berat badan normal, tahap tenaga yang mencukupi dan kulit yang sihat berseri. Kaedah pemakanan yang betul menjadi kunci utama untuk wanita kekal cergas dan yakin dalam menghadapi cabaran setiap hari. Apabila wanita yakin dirinya terbaik, maka penampilan dan tindakannya juga tampil terbaik!

Penjagaan kesihatan wanita adalah sangat penting, lebih-lebih lagi ketika dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata apatah lagi jika sedang mengandung. Kesihatan sebelum kehamilan bukan sahaja meningkatkan peluang untuk hamil, tetapi ia juga menjadi asas kepada kesihatan bayi yang bakal dilahirkan. Berikan tumpuan kepada kaedah pemakanan yang sihat untuk ibu dan bayi yang sihat.

Selepas melahirkan anak pula, ibu perlu memberi tumpuan kepada proses pemulihan badan, usaha untuk kembali kepada berat badan asal atau mengekalkan berat badan ideal, memastikan diri sentiasa kuat dan bertenaga, dan membekalkan keperluan zat yang mencukupi kepada bayi melalui susu badan.

Bagi wanita di usia emas pula, hormon yang tidak stabil ketika fasa pra-menopaus dan menopaus memang memberi kesan kepada mereka. Selain itu, kesihatan tulang dan jantung juga akan turut terkesan. Kadangkala, pemakanan memainkan peranan penting bagi mengatasi masalah yang timbul ketika fasa perubahan ini.

Apabila seseorang wanita itu berasa hebat, penampilan mereka juga menarik dan mereka pasti akan lakukan yang terbaik di dalam kehidupan seharian.

Nutrisi yang lengkap adalah kunci bagi wanita sibuk dan mahu kekal cemerlang serta berani menghadapi cabaran harian. Kekalkan berat badan yang sihat, tahap tenaga yang tinggi dan kulit yang cantik berseri setiap hari dengan 4 Vitamin Wajib Dan Utama Wanita Masa Kini ini.

✅️VITA-LIZE 


Vitamin adalah nutrien mikro yang terbabit dalam hampir kesemua proses fisiologi badan anda. Terdapat 13 vitamin asas yang diperlukan badan untuk berfungsi dengan baik termasuk vitamin A, C, B6, dan D. Ia juga penting untuk kesihatan penglihatan, kulit dan tulang.

Mineral adalah sejenis nutrien mikro yang sangat kritikal untuk badan yang sihat. Ia memainkan pelbagai peranan dalam badan anda seperti pembinaan tulang dan gigi yang kuat, terbabit dalam proses metabolisma, dan memastikan status hidrasi badan yang betul. Antara mineral biasa yang penting untuk badan kita adalah kalsium, zat besi dan zink.

Adakah Anda Benar-Benar Mendapat Nutrien Yang Mencukupi Setiap Hari?

Kajian telah menunjukkan bahawa makanan hari ini mempunyai paras protein, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, riboflavin (vitamin B2) dan vitamin C yang lebih rendah berbanding beberapa dekad yang lalu. Walaupun kita cuba dengan sebaik mungkin untuk makan makanan yang seimbang, kita masih memerlukan nutrien tambahan melalui suplemen multivitamin untuk menutup jurang nutrien kita agar dapat mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan yang optimum.

Shaklee Vita-Lize Dirumus Untuk Melengkapi Gaya Pemakanan Moden dengan mengurangkan jurang nutrien antara pelbagai vitamin dan mineral untuk badan yang lebih sihat.
📌Menyokong kesihatan dan kesejahteraan yang optimum.

📌Menyokong kesihatan optimum dengan formulasi 25 vitamin dan mineral asas termasuk vitamin C, E, beta karoten, asid folik dan vitamin B.

✅️Asid Linolenik Gamma (GLA)

Pembantu bagi Wanita - Tambahkan GLA untuk meningkatkan kesihatan anda!

Apabila usia semakin meningkat, tubuh badan wanita akan melalui perubahan dari segi fizikal dan hormon serta keperluan nutrisi juga terus berkembang. Tambahkan Asid Linolenik Gamma (GLA) untuk merangsang tahap kesihatan anda. Asid lemak ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan, jadi ianya perlu diambil melalui pemakanan atau suplemen harian.

🌹Menggalakkan Kesihatan Kulit
Rahsia kulit sihat berseri bergantung pada tahap kelembapannya. GLA telah terbukti secara klinikal dapat memberikan manfaat berikut:

📌Meningkatkan tahap kelembapan kulit.
GLA mengekalkan kelembapan kulit dengan mengawal atur penghalang air semulajadi dalam kulit kita.

📌Meredakan kerengsaan dan keradangan kulit.

Kulit yang mengalami kerengsaan dan keradangan didapati mempunyai tahap GLA yang lebih rendah berbanding dengan kulit yang sihat. Ciri-ciri anti-keradangan GLA membantu menghalang keradangan daripada berlaku.

🌹Menyeimbangkan hormon ketika haid dan meredakan Sindrom Pra-Haid (PMS)

Ketidakstabilan hormon semasa kitaran haid menjejaskan emosi dan kesejahteraan fizikal. Nutrien yang efektif membolehkan anda untuk terus menikmati aktiviti kegemaran anda. Kajian pengambilan GLA dari Minyak Borage dan perkaitannya dengan PMS telah menunjukkan bahawa GLA membantu dalam:

📌Mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan pada bahagian bawah pinggang, sakit kepala dan payudara.3
📌Menambah baik tahap emosi ketika tempoh pra-menstruasi (pra-haid).3

🌹Meredakan simptom menopaus.

Simptom-simptom menopaus seperti rasa panas, berpeluh pada waktu malam, masalah tidur, perubahan emosi dan kulit kering berlaku secara semulajadi apabila seseorang wanita semakin berusia. GLA didapati bermanfaat utuk memudahkan perjalanan menopaus dengan:

📌Melegakan simptom-simptom ketegangan payudara.
📌Menambah baik kesihatan emosi.

✅️Asid Lemak Omega-3

Agen Anti-Keradangan
Minyak ikan dan minyak biji flax adalah sumber asid lemak Omega-3 yang bagus seperti EPA, DHA dan ALA, lemak sihat yang kita perlukan untuk kekal sihat.


🌹Fokus dan cemerlang dalam pelajaran atau kerja.
🌹Untuk mengawal emosi saya dan menikmati mood yang lebih baik.


🌹Perkembangan otak bayi saya yang sihat semasa kehamilan.

🌹Meningkatkan kesihatan jantung dengan tekanan darah, peredaran darah dan paras kolesterol yang terkawal.

🌹Tulang yang lebih kuat dan sendi yang fleksibel, untuk memudahkan pergerakan.

🌹Minda yang cerdas dengan daya ingatan kuat hingga usia tua saya.


✅️Kalsium


Nutrien Yang Menyayangi Tulang
Kalsium adalah mineral yang penting untuk kesihatan tulang. Ia memainkan peranan utama dalam hampir setiap aktiviti harian yang anda lakukan.

🌹Tulang yang kuat dan sihat.
🌹Mengurangkan kekejangan otot.
🌹Tidur yang lebih lena.
🌹Mengurangkan simptom PMS seperti kembung, kejang, retensi air, kerengsaan dan emosi tidak menentu.
🌹Kalsium untuk bayi saya yang sedang membesar dan mengekalkan simpanan kalsium dalam badan saya semasa perjalanan kehamilan dan penyusuan badan.
🌹Mengurangkan risiko osteoporosis dan keretakan tulang.

Anda juga boleh membaca di Vitamin Untuk Wanita ini juga dari blog aeinnamusa.com sebagai info tambahan anda.

Terima kasih kerana sudi membaca sehingga di sini. Jangan lupa komen😘

Alhamdulillah 'ala kulli hal 
Assalamualaikum. 



#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#shakleepuchong2023


Disclaimer: Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda di bawah rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen kesihatan.
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post