Doa Yang Wajib Dan Bagus Untuk Wanita Bergelar Ibu

Assalamualaikum 
Bismillahi MashaAllah

Entri kali ini, Syida ingin kongsikan beberapa doa yang wajib dan sangat bagus untuk diamalkan oleh wanita yang bergelar ibu. Ibu-ibu bolehlah mengamalkan, membaca doa-doa ini sambil memeluk atau mengusap kepala anak, insyaAllah Mujarrab dan Mustajab :

1. Surah Ar-Rahman ayat 1-4

{ ٱلرَّحۡمَٰنُ }

(Tuhan) yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmat-Nya.

{ عَلَّمَ ٱلۡقُرۡءَانَ }

Dialah yang telah mengajarkan al-Quran.

{ خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ }

Dialah yang telah menciptakan manusia; –

{ عَلَّمَهُ ٱلۡبَيَانَ }

Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

2. Dua Doa Nabi Muhammad SAW buat Ibnu Abbas

a. Doa pertama:

اللهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ

“Ya Allah! Berikanlah kepadanya kefahaman dalam agama serta ajarkanlah kepadanya takwil.”
(HR Ahmad, hadis sahih)

Sumber doa:

Diceritakan oleh Ibnu Abbas R.Anhuma, beliau berkata:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَيْتِ مَيْمُونَةَ فَوَضَعْتُ لَهُ وَضُوءًا مِنْ اللَّيْلِ فَقَالَتْ لَهُ مَيْمُونَةُ وَضَعَ لَكَ هَذَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبَّاسٍ 

Daripada Ibnu Abbas, beliau berkata: "Ketika Rasulullah SAW berada di rumah Maimunah, aku meletakkan air wudhu' untuk Baginda di malam hari. Lalu Maimunah berkata kepada Baginda: Abdullah bin Abbas telah meletakkan (air wudhu') ini untukmu." 

Kemudian Rasulullah SAW mendoakan Ibnu Abbas dengan doa yang masyhur:

فَقَالَ: اللهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ

“Ya Allah! Berikanlah kepadanya (Ibnu Abbas) kefahaman dalam agama serta ajarkanlah kepadanya takwil.”

(HR Ahmad, hadis sahih)

b. Doa kedua:

اللَّهُمَّ عَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ

Maksudnya: “Daripada Ibnu Abbas r.a. dia berkata, Rasulullah SAW memelukku lalu Baginda berdoa, “Ya Allah, berilah dia hikmah (kebijaksanaan). ”

(HR al-Bukhari, hadis sahih)

Sumber doa:

Baginda Nabi SAW pernah mendoakan Ibnu Abbas r.a sambil memeluk dirinya, 

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، رَضِيَ اللهُ تَعَالَى عَنْهُ قَالَ: ضَمَّنِيْ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ: اللَّهُمَّ عَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ

Maksudnya: “Daripada Ibnu Abbas r.a. dia berkata, Rasulullah SAW memelukku lalu Baginda berdoa, “Ya Allah, berilah dia hikmah.”

(HR al-Bukhari, hadis sahih)

3. Ya Haafiz ya Muhaimin (Allah yang Maha Menjaga dan Maha mengawasi)

4. Doa supaya anak menjadi penyejuk hati.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa."
(Al-Furqan: 74)

5. Doa supaya anak teguh menjaga solat. 

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku." 

(Surah Ibrahim: 40) 

Anda juga boleh membaca Doa Yang Bagus Untuk Wanita dari blog winawelness ini juga.

Terima kasih kerana sudi membaca sehingga di sini. Jangan lupa komen😘

Alhamdulillah 'ala kulli hal 
Assalamualaikum. 

Syida


#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#shakleepuchong2023


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post