14 Tips Travel Bersama Anak-Anak Kecil

14 Tips Travel Bersama Anak-Anak Kecil

Assalamualaikum
Bismillahi MashaAllah

Entri kali ini, Syida nak berkongsi dengan anda tips travel bersama anak-anak kecil. Syida tak adalah banyak sangat pengalaman travel sana sini. Syida travel pun setakat dalam negara sahaja seperti Cameron Highlands, Perak, Johor, Sabak Bernam, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Melaka. Untuk travel keluar negara inshaAllah akan datang. Doakan Syida dan keluarga dapat travel ke luar negara ya korang. Dapat pergi Mekah pun jadi lah..hehe. Doa tau!

Tapi Syida adalah buat research sedikit untuk Syida tulis tips travel bersama anak-anak kecil ni. Syida ada 4 orang anak. Pertama 9 tahun, kedua 5 tahun, ketiga 3 tahun dan keempat 1 tahun. Semuanya masih perlukan ibu dan ayah mereka untuk uruskan diri mereka sendiri.

Di bawah ini Syida senaraikan 14 tips travel bersama anak-anak kecil untuk dikongsikan dengan anda. Jom tengok satu persatu.


14 Tips Travel Bersama Anak-Anak Kecil

1. Plan itinerary sepanjang trip secara details dan complete. Termasuk masa makan, masa rehat dan sebagainya. Wajib ada masa extra dalam sejam hingga dua jam untuk sehari.

2. Stroller sangat penting untuk memudahkan ibu ayah sepanjang travel. Ianyanya memudahkan untuk anak-anak anda yang nak tidur secara bergilir-gilir dengan lebih selesa. Anak yang cukup tidur, maka kuranglah ragamnya. Jika nak guna baby carrier pun tak ada masalah untuk anak 2 tahun ke bawah. Syida sangat suka pakai baby carrier sebab anak memang melekat je pada Syida dan tak risau anak lari jauh dari pandangan. Tapi kalau dah lebih 2 tahun dan berat pun boleh tahan, anda pulak tak sanggup nak dukung. Anak-anak ni pun tak larat nak berjalan non stop macam kita orang dewasa. Jadi stroller atau baby carrier adalah penyelamat untuk anak-anak berehat sekejap sepanjang travel. Tambahan pula, anda boleh sangkut beg juga dekat stroller atau baby carrier. Alhamdulillah mudah kerja shopping ibu ayah..hehe

3. Sepanjang trip tu, mesti cari satu tempat yang anda rasa anak-anak akan seronok. Bagi anak-anak happy dulu setiap hari sepanjang travel. Jadi anda tak la rasa bersalah sangat nak pegi tempat yang anda suka pula. Contohnya taman tema, taman permainan, kolam renang yang ada playground dan sebagainya. 

4. Bawa makanan kegemaran anak-anak anda. Setiap anak ada makanan kegemaran masing-masing. Macam anak Syida nombor satu suka makanan western, nombor 2 pulak suka makanan orang Malaysia tak suka western. Even kudap-kudap pun masing-masing ada kegemaran mereka sendiri. Jadi kena plan betul-betul untuk pastikan travel anda berjalan lancar.

5. Bawa bekalan ubat-ubatan yang mencukupi. Macam Syida selalunya akan ada bekalan ubat alergik atau selsema atau gatal sebab anak nombor dua Syida ada alegik. Kalau tersilap makan mesti akan sesak nafas dan naik bintik gatal macam gegata. Selain tu Syida akan bawa juga ubat demam. Minyak Mestika panas dan minyak Bayini Mestika pun Syida selalu bawa. Anak-anak ni kalau jalan-jalan memang seronok berlari sana sini. Bila malam mula lah merengek minta urut betis. Hehe. Minyak ubat untuk sapu luka pun selalu ada dalam bekalan Syida. Sekurang-kurangnya kalau terjatuh dan luka, ada ubat untuk disapu. Jadi jalan-jalan masih boleh diteruskan. Selain tu, Syida akan pastikan bawa vitamin Hero Kiddo, Omega Guard dan Nutriferon untuk anak-anak. Vitamin ini bertujuan meningkatkan imun anak-anak serta mencegah dari terkena sakit. 

6. Bawa sling handbag bagi memudahkan pergerakan.Tak perlu la bergaya dengan handbag jenis baguette bag ke, tote bag ke, clutch bag lagi la tak logik kan. Nanti nak pergi kenduri baru pakai untuk bergaya.

Tips seterusnya ini ialah Tips Jika Anda Ke Luar Negara Bersama Anak-Anak Kecil

7. Bagi yang nak melancong ke banyak negara contohnya di Europe, pilih penerbangan multi city. Ianya akan menjimatkan masa kerana tak perlu patah balik ke tempat anda datang. Untuk kereta sewa pula, pilih kereta sewa yang anda boleh sewa di tempat lain dan return di tempat lain. Contohnya sewa di Paris dan return di Brussels. Cadangannya, anda boleh pilih company europcar.

8. Buat tempahan awal seperti hotel, kereta sewa, tiket transport, tiket tempat-tempat yang ingin dikunjungi jika perlu seperti Disneyland, dan sebagainya. Print semua tempahan anda tersebut, susun mengikut tarikh dengan teratur dan simpan dalam satu fail yang mudah anda nak ambil. Biar nampak macam skema, asalkan tak kelam kabut travel anda nanti.

9. Hati-hati bila anda membuat penempahan hotel di London. Anda mesti nyatakan anda bersama kanak-kanak semasa membuat tempahan kerana anda mungkin akan dikenakan caj tambahan jika anda tidak nyatakan anda bersama kanak-kanak.

10. Install aplikasi berkaitan seperti waze untuk mencari arah destinasi yang dituju, alQibla untuk menunjukkan arah kiblat, zabihah untuk membantu anda mencari tempat makanan halal dan sebagainya apabila anda tavel ke luar negara.

11. Apabila anda nak bersiar-siar ketika berada di London, pilih big bus tour (hop on hop off bus tour) yang boleh membawa anda ke seluruh tempat menarik di dalam bandar London. Jadi anda tak penat untuk nak turun naik public transport . Ia dapat menjimatkan masa dan memudahkan anda bersama anak-anak yang masih kecil. 

12. Buat kajian sedikit tentang tempat yang anda nak travel seperti suhu, tempat makanan halal, cuaca dan sebagainya. Baju anak-anak mesti cukup dan sesuai dengan suhu atau cuaca di tempat anda nak travel. Bawa diapers anak anda secukupnya. Jika tak cukup, boleh la beli di sana. Boleh jadi harganya lebih murah! Bawa susu anak anda secukupnya. Boleh sediakan juga payung dan baju hujan.

13. Sebaiknya menginap di satu lokasi tu sekurang-kurangnya selama 3 hari 2 malam. Sempat la anda dan anak-anak berehat dan tak la terlalu terkejar-kejar untuk nak pergi melawat tempat yang dah anda rancang. Dan janganlah pula pergi 'pulun' nak melawat semua tempat dalam satu hari sampai tak sempat nak berehat. Refer balik point nombor 1. Plan betul-betul itinerary. Kalau tidur semalam je dekat satu lokasi, anda mungkin tak sempat sangat nak jalan-jalan bersama anak-anak. Badan anda akan jadi lebih penat serta anda jadi tak enjoy dengan travel anda.

14. Pastikan bilangan luggage dan stroller boleh diangkut sekaligus. Lebih mudah bawa backpack dan 4 wheel luggage. Pastikan anda masih dapat pegang anak-anak anda yang tidak duduk di dalam stroller walaupun kena bawa beg.

Dah bersedia nak travel dengan anak-anak kecil? Semoga 14 tips travel bersama anak-anak kecil yang Syida kongsikan ini boleh menjadi rujukan untuk anda serta ianya sangat bermanfaat.

Jom ke entri 5 Tips Travel Dengan Anak Kecil ini untuk support sahabat Syida.

Terima kasih kerana sudi membaca sehingga di sini. Jangan lupa komen😘

Alhamdulillah 'ala kulli hal 
Assalamualaikum. 

Syida


#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#shakleepuchong2023


Disclaimer: Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda di bawah rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen kesihatan.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post