3 Petua Mudah Kurus Dengan Cepat, Selamat, dan Sihat

3 Petua Mudah Kurus Dengan Cepat, Selamat, dan Sihat

 



Bismillahi MashaAllah.. Assalamualaikum awak!


Semestinya anda adalah seorang yang sangat berminat tentang Petua Kurus Dengan Cepat, Selamat dan Sihat jika anda sedang membaca entri ini. Walaupun ada tagline “gemuk is awesome” tapi percayalah belum tentu anda adalah seorang yang sihat jika anda gemuk. Gemuk sehingga anda obesiti itu adalah penyakit.


Tau tak Syida sendiri pernah berada di fasa gemuk pada tahun 2012. Masa tu Syida belum lagi berumahtangga. Lifestyle pada ketika tu tak la bagus sangat. Syida bekerja mengadap computer dari pagi sehingga petang dan adakalanya sehingga lewat malam untuk menyiapkan kerja yang menimbun.

 

Kerana tuntutan kerja yang banyak, makan pun kadang-kadang di meja kerja. Selalunya tapau sahaja dengan kirim kepada kawan sepejabat atau pesan makanan secara online makanan segera dari kedai makanan segera yang terkenal.

 

Syida berkahwin pada tahun 2013. Syida kenal dengan Shaklee pada hujung tahun 2013 kerana mengandung anak pertama Syida. Slowly Syida ubah cara pemakanan Syida kepada yang lebih sihat. Tengok lah gambar ni. Agak-agak korang ada beza tak Syida pada tahun 2012 dengan Syida pada tahun 2020 tu? hehe.







Apa yang Syida boleh simpulkan terdapat 3 Petua Mudah Kurus Dengan Cepat, Selamat, dan Sihat yang sangat penting yang patuk anda tahu.


1. Pinggan Sihat - Suku-suku Separuh




Seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, hidangan makanan di dalam pinggan kita mestilah mengikut pinggan sihat iaitu konsep suku-suku separuh.

  • Separuh pinggan diisi dengan sayur dan buah-buahan.
  • Suku pinggan di isi dengan nasi atau sumber karbohidrat yang lain.
  • Suku pinggan diisi dengan ikan atau sumber protein yang lain.
  • Ambil air kosong. Elakkan mengambil minuman manis. Minum air kosong 6-8 gelas sehari.
Kita perlu juga ada ilmu tentang makanan yang di ambil seharian supaya kita tidaklah mengambil lebih kalori.


2. Senaman secara berkala.

Jika anda ingin kurus dengan cepat dan selamat, buatlah senaman secara berkala. Contohnya 30 minit 3 kali seminggu sudah memadai atau anda boleh buat mengikut kesesuaian badan anda. Membuat senaman tidak semestinya senaman yang berat. Berjalan kaki laju juga merupakan senaman. Jika anda lakukan secara konsisten, pasti berat badan anda akan nampak perubahan yang menggembirakan. 

3. Ambil suplimen secara bijak. 

Mengambil suplimen dengan bijak juga salah satu cara mudah untuk anda kurus dengan cepat. Contohnya, suplimen protein yang baik sangat membantu anda untuk mengawal corak pemakanan anda. Protein yang bagus akan memberikan anda rasa kenyang yang lebih lama dan membuatkan anda tidak makan dengan banyak. Selain itu, suplimen minyak ikan juga bagus jika anda nak kurus kerana minyak ikan berfungsi membantu anda untuk membakar lemak berlebihan yang ada di dalam badan.


Selain itu, Syida juga amalkan kualiti tidur yang sihat. Tidur sebelum pukul 11 malam dan bangun sebelum subuh. Tau tak anda, tidur lewat menyebabkan berat badan susah nak turun? Jadi, mulai hari ini, ubahlah cara tidur anda jika anda seorang yang suka tidur lewat. 


Penting juga untuk anda berada di dalam circle yang betul. Jika anda nak kurus dengan cepat, jangan lah anda berada di dalam circle orang-orang yang suka cari dan makan makanan sedap. Beradalah di dalam circle orang yang menjaga apa makanan yang diaorang makan seharian. Contohnya Syida berada di dalam group Geng IF Jelita - Jihad Sihat. Group ini mengajak untuk membuat intermittent Fasting. Selain mengajak ahli group makan makanan yang sihat, group ini juga mengajak ahli group untuk jadikan puasa amalan sepanjang hidup. 






Selain itu, Syida juga berada di dalam group Projek Kurus Raya 2023. Group ini adalah group yang tepat untuk Syida berada jika Syida nak kurus kerana motif group ini adalah untuk membantu ahli-ahlinya maintain berat badan serta kurus dengan sihat. 

Suplimen yang berada disepanjang Syida untuk maintain berat badan adalah Set Hello New You. Anda boleh baca lebih terperinci tentang Set ini di entri Kurus Sebelum Raya Aidilfitri 2023 Dengan Set Kurus Shaklee.


Dapat Sesuatu? Jika anda berminat dengan Set Kurus Shaklee ini, anda boleh terus Whatapps Syida. 

Anda juga boleh baca entri Kurus Dengan Cepat ini untuk anda mendapat maklumat yang lebih lanjut. Terima kasih.


Alhamdulillah 'ala kulli hal..






#nextlevelblogging
#setrahmahshaklee2023
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post