Tips Untuk Awak Yang Baru Nak Mulakan Intermittent Fasting atau IF


Sekarang ni banyak kita dengar perkataan Intermittent Fasting atau secara singkatnya kita panggil IF. Tapi tahukah kita apa itu IF? 

Jika kita translate di dalam bahasa melayu, intermittent fasting ini ialah puasa yang berselang-selang. Mengamalkan IF ini adalah satu proses untuk kita mengubah diri kita untuk mengamalkan cara pemakanan dengan lebih baik dan sihat. Ini adalah satu tindakan dan usaha yang berani bagi seseorang yang ingin mulakan membuat IF. Tahniah kepada anda yang ingin mencuba!

Adalah normal untuk kita berasa lapar semasa tempoh Intermittent Fasting. Kita boleh mengalihkan perhatian daripada berasa lapar melalui aktiviti-aktiviti harian yang kita lakukan setiap hari antaranya berjalan di taman permainan bersama rakan atau keluarga, mendengar muzik yang kita suka, atau membaca buku yang kita minati ataupun kita juga boleh membaca al quran beserta maknanya.

Dalam tempoh intermittent fasting, kita juga boleh minum air kosong, teh atau kopi tanpa susu atau gula, cuka epal yang dicampur dengan air kosong pada bila-bila masa yang kita suka kerana air yang disenaraikan ini mengandungi kosong kalori. Cara ini sangat membantu untuk mengurangkan rasa lapar tanpa berbuka puasa.

Perubahan positif akan berlaku pada badan kita semasa intermittent fasting. Kita boleh ukur paras gula dalam darah samada akan naik atau turun, pembakaran lemak dan juga keadaan ketosis badan kita.

Intermittent fasting akan menjadi lebih mudah dari masa ke masa, dan kita akan mendapati badan kita boleh menyesuaikan diri dengan puasa yang lebih lama.

Kita perlu perhatikan juga gejala-gejala yang akan berlaku semasa membuat intermittent fasting.

Semasa tempoh intermittent fasting, kita mungkin akan berasa sedikit letih, lapar dan meragam, tetapi kita tidak sepatutnya berasa tidak sihat sepanjang melakukan IF tersebut.

Sila perhatikan badan kita, terutamanya jika kita baru nak bermula melakukan intermittent fasting. Jika kita berasa tidak selesa atau terlalu sukar untuk membuat IF ini, cuba kurangkan kesukaran waktu intermittent fasting tersebut. Contohnya jika kita tak mampu untuk membuat 16jam IF, kita boleh kurangkan waktu IF itu menjadi 13jam untuk permulaan.

Jika kita berasa letih atau lemah daripada menyelesaikan tugas harian, atau sakit dan ketidakselesaan yang tidak dijangka sepanjang melakukan intermittent fasting, kita harus segera berhenti membuat IF dan segera minta nasihat daripada doktor.

Terima kasih kerana sudi membaca entry Tips Untuk Awak Yang Baru Nak Mulakan Intermittent Fasting atau IF sehingga habis. Adakah anda dapat sesuatu daripada entry ini? Untuk mendapat info yang berkaitan dengan intermittent fasting lagi, anda boleh ke entry Apa Itu Intermittent Fasting dan Bagaimana MelakukannyaApa Itu Intermittent Fasting dan Bagaimana Melakukannya.

#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post