Coq10 Sangat Penting Untuk Kesihatan Jantung Anda

Coq10 Sangat Penting Untuk Kesihatan Jantung Anda

Assalamualaikum
Bismillahi MashaAllah

Jantung anda mengepam hampir 2,000 gelen darah keseluruh bahagian tubuh anda setiap hari. Sebagai otot yang bekerja keras di dalam tubuh anda dan pusat kawalan utama sistem peredaran darah, jantung anda memerlukan jumlah tenaga yang besar untuk berfungsi dengan cekap. 

Tenaga tersebut diperolehi dengan bantuan nutrien yang dipanggil koenzim Q10 (CoQ10), yang juga berperanan membantu kesihatan salur darah. CoQ10 dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh dan wujud didalam semua sel. Pengambilan makanan membantu mengekalkan tahap CoQ10, akan tetapi amaun CoQ10 yang diperolehi dari pemakanan secara tipikal adalah kurang dari 10 mg sehari. 

Perlu diingat, faktor seperti diet yang tidak seimbang, faktor usia, dan pendedahan harian kepada radikal-radikal bebas meningkatkan lagi keperluan untuk nutrien yang amat penting ini.

Adakah Anda Tahu?

Jantung anda berdenyut 100,000 kali setiap hari

Aorta, arteri terbesar didalam tubuh, diameternya hampir menyamai hos taman anda

Penggunaan ubat-ubatan tertentu akan mengurangkan tahap CoQ10 didalam darah

Sebelum anda pelajari lebih dalam, marilah sama-sama kita kenali tentang Coenzyme Q10 (CoQ10) terlebih dahulu.

Coenzyme Q10 (CoQ10)

Bagaimana CoQ10 ditemui?

CoQ10 ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1957. Pada masa itu, saintis sedang mengkaji tentang mitokondria pada jantung lembu dan menemui warna kekuningan terapung di dalam tiub ujikaji. Bahan kuning itu tadi sebenarnya CoQ10. 

Bahan CoQ10 didapati wujud di dalam makanan dan juga di dalam tubuh badan manusia. Jadi, para pengkaji tidak nampak bahawa CoQ10 ini mempunyai potensi untuk dihasilkan sebagai ubatan.

Tumpuan berkaitan CoQ10 ini timbul semula pada tahun 1060an apabila negara Jepun menggunakan CoQ10 ini ke atas pesakit yang mempunyai masalah jantung yang pada asalnya CoQ10 dijumpai pada organ jantung lembu. 


Gambar di atas merupakan gambarajah sel. Di dalam sel ini terdapat satu tapak tenaga yang dipanggil mitokondria. Dalam erti kata lain, mitokondria adalah tapak untuk membina tenaga kepada sel. 

Nak senang faham, sebuah kereta mesti ada enjin untuk bergerak. Begitu juga sel. Sel mesti kena ada mitokondria 'enjin' kepada sel untuk sel berfungsi. Segala aktiviti atau perkara yang berlaku di dalam peringkat sel esorang manusia seperti sistem, organ, tisu, sel dan sebagainya, mitokondria adalah tapak untuk membina tenaga.

Di dalam peringkat sel, makanan yang sel kenal adalah dalam bentuk ATP iaitu minyak kepada sel yang dihasilkan oleh mitokondria yang terletak di dalam sel.


Jika anda masih belum jelas tentang mitokondria, anda boleh lihat gambarajah kedua ini. 

Bulatan biru ini merupakan sel di dalam tubuh badan manusia. Mitokondria berada di dalam sel ini. Katakanlah yang berwarna putih di luar sel ini adalah badan manusia. 

Makanan yang kita makan telah ditukar kepada makanan dalam bentuk sel, karbohidrat kepada gula ringkas, protein dan lain- lain oleh badan kita. Semua ini akan di bawa masuk ke dalam sel. Persoalannya, macam mana caranya makanan tadi nak di bawa masuk ke dalam sel?

Ianya perlukan tenaga untuk membawa masuk dan memproses makanan ini tadi. Mana datangnya tenaga untuk sel ini membuat kerja? 'Bateri' atau 'enjin' kepada sel adalah mitokondria. Jadi, mitokondria yang akan menghasilkan ATP kepada sel supaya sel dapat berfungsi dengan baik.

Apakah kerja-kerja sel?

Sel perlu membiak, sel perlu melawan bendasing-bendasing yang ada di dalam badan manusia iaitu mempertahankan diri. Di dalam badan manusia terdapat banyak sel seperti sel tulang, sel darah, sel sistem imun dan sebagainya. 

Setiap sel pastinya mempunya fungsinya yang tersendiri. Jadi, untuk sel itu bergerak, ianya perlukan tenaga yang dihasilkan oleh mitokondria. Mitokondria akan menjana tenaga untuk sel. Senang cerita, mitokondria adalah 'kilang' atau 'bateri' kepada sel. Di dalam mitokondria inilah yang terdapat COENZYME 10 (CoQ10).

Jadi, fokusnya di sini ialah:

✅️ Tenaga sel adalah dalam bentuk Coenzyme 10 (CoQ10)
✅️ Tenaga ini berada di dalam mitokondria 

Lihat gambarajah sel di atas. Gambar sebelah kiri adalah sel manakala gambar sebelah kanan adalah mitokondria. Secara umumnya mitokondria berada di dalam sel. Mitokondria bekerja mengambil nutrien masuk ke dalamnya melalui proses 1,2,3 untuk menghasilkan ATP iaitu molekul tenaga. 

Molekul tenaga ini, walaupun dah keluar daripada mitokondria tetapi dia masih duduk di dalam sel. Ia bermaksud mitokondria melepaskan molekul tenaga di dalam sel untuk sel gunakan dan dalam masa yang sama akan menghasilkan radikal bebas.

Kenapa radikal bebas?

Kerana proses menghasilkan molekul tenaga ini menggunakan oksigen. Apabila berlaku pergerakan elektron, pastinya ada radikal bebas. Jadi di situ ada CoQ10.

Coenzyme Q10 (CoQ10) ialah nutrisi larut-lemak (fat-soluble nutrient) wujud dalam SETIAP sel dalam tubuh badan. (Maka supplement CoQ10 mesti dalam bentuk gel/lipid)

Setiap sel mesti menjana tenaga sendiri untuk hidup. Untuk menjana tenaga, sel akan "membakar" gula dan lemak dari makanan. Nutrisi ini tadi akan dipecahkan dan dibawa melalui "laluan penghasilan tenaga" (energy producing pathway) yang perlukan CoQ10.

TANPA CoQ10 SEL TIDAK BERUPAYA UNTUK JANA TENAGA SENDIRI, DAN ORGAN-ORGAN YANG TERBENTUK TIDAK MAMPU BERFUNGSI DENGAN BETUL.

Apabila bercerita tentang ATP iaitu tenaga kepada sel; protein, gula, lemak akan diambil masuk ke dalam mitokondria dengan oksigen. Dengan oksigen inilah akan berlaku pembakaran makanan yang masuk ke dalam mitokondria di dalam sel tubuh manusia. Jadi, keluarlah ATP iaitu tenaga kepada sel.

Apabila sel bertenaga, itulah yang diperlukan untuk organ-organ utama kita antaranya otak, otot-otot, organ-organ. Semua ini diperlukan di dalam kehidupan kita yang sibuk. 

"No ATP, No LIFE". Tanpa ATP, tidak ada kehidupan. 

Lagi sekali, apakah itu ATP?

ATP adalah tenaga kepada sel. Proses untuk menghasilkan ATP melibatkan kewujudan CoQ10.


Dalam kehidupan kita yang normal, kita ada aktiviti fizikal, persekitaran yang baik seperti oksigen yang bersih dan sebagainya, makanan yang sihat adalah sangat diperlukan untuk mitokondria yang sihat dalam menghasilkan ATP.

Dalam keadaan yang kurang baik, sebab dalam kehidupan ini kita akan terdedah kepada toksin, makan makanan yang tidak sihat, terdedah dengan stres, maka akan berlaku kegagalan fungsi mitokondria.

Pada masa yang sama juga, jangan lupa selain daripada tenaga ATP, hasil sampingan yang keluar dari mitokondria adalah radikal bebas. Radikal bebas ini wujud dari peringkat sel.

Kenapa wujudnya radikal bebas di peringkat sel?

Radikal bebas ini wujud di peringkat sel lagi kerana makanan (gula, lemak, protein dan lain-lain) diambil masuk sekali dengan oksigen. Oksigen ini adalah satu elemen yang akan menyumbang kepada elektron. Bila wujudnya elektron yang tidak stabil di mana pemindahan elektron di dalam proses ATP tadi, maka terhasillah radikal bebas.

Anda boleh lihat gambarajah di bawah ini untuk lebih jelas.

Laluan penghasilan tenaga ATP iaitu melalui makanan yang sihat, persekitaran yang baik, senaman yang akan membantu kita untuk mendapatkan oksigen akan menghasilkan ATP.

Dalam masa yang sama, dengan kehidupan yang stres, pengambilan makanan yang tidak sihat, toksin-toksin yang ada di dalam persekitaran kita maka keluar juga radikal bebas.

Jadi kita ada dua benda yang ada di dalam mitokondria iaitu yang baik ialah tenaga ATP dan yang kurang baik ialah radikal bebas yang akan menjejaskan badan kita.

Sekarang bila kita tahu mitokondria adalah tapak untuk menghasilkan tenaga. Di mana sebenarnya kita akan jumpa kepekatan CoQ10 yang paling pekat?

CoQ10 boleh dijumpai di seluruh tubuh badan tetapi sel-sel yang bekerja "lebih berat" antaranya seperti sel-sel dalam organ jantung, buah pinggang, hati dan pankreas didapati mempunyai jumlah CoQ10 yang lebih pekat.

Jantung, buah pinggang, hati dan pankreas adalah organ yang tidak berhenti walaupun kita tidur. Organ ini bekerja berterusan tanpa rehat. Sel yang berada di organ-organ penting ini perlukan tenaga yang berterusan menyebabkan kepekatan CoQ10 lebih banyak dalam sel-sel pada organ-organ ini.

Dan untuk organ jantung, CoQ10 ada lebih 10 X ganda kerana jantung merupakan organ yang dibina daripada 100% sel-sel otot. Jantung perlu bergerak (kembang dan kecut dalam proses mengepam darah) - jantung berdegup. Dan jantung perlukan banyak tenaga untuk mengepam darah ke seluruh badan.

CoQ10 adalah kunci utama dalam penjanaan tenaga sel. Jika anda kekurangan CoQ10, penghasilan tenaga sel jadi kurang efisyen. Maka organ-organ yang terbina daripada sel-sel begini akan menjadi perlahan aktivitinya dan seringkali tidak efektif.

Kita ada banyak organ seluruh badan kita. Segelintir sel- tisu- organ boleh alami kekurangan CoQ10 dan masih berfungsi seperti biasa. Contohnya yang lebih senang faham adalah minyak kereta. Walaupun minyak di tangki penuh atau separuh atau dah tinggal sikit je lagi tetapi kereta masih lagi boleh bergerak.

Tetapi ada segelintir organ yang sangat reaktif pada kekurangan yang kecil pada aras CoQ10. Maka sistem tersebut akan menjadi lemah, rapuh dan senang sakit. 

Antara tisu yang senang sensitif pada kekurangan CoQ10 adalah tisu di dalam organ jantung, sistem imun, serta otak. CoQ10 mesti optimun di organ ini dan tidak boleh kurang. 

"Sel di dalam jantung adalah PALING SENSITIF."

Tahukah anda yang penyakit jantung kekal sebagai pembunuh utama rakyat MALAYSIA.

Tahukah anda 80% penyakit jantung boleh dicegah jika kita mengubah tabiat pemakanan, bersenam, kawal tahap kolestrol dan tekanan darah.

Tetapi fenomena hari ini, penyakit berkait kardiovaskular atau sakit jantung sangat la menjadi-jadi.

Statin iaitu nama asal bagi ubat kolestrol akan mengurangkan penghasilan enzim yang nama HMG-CoA. Enzim ini bentuk asal sebelum CoQ10 dapat dihasilkan.

Nampak tak pentingnya CoQ10 untuk banyakkan bilangan tenaga dalam sel terutama sel jantung kita betul? 

Tapi sayangnya bila pesakit jantung makan ubat kolestrol, penghasilan CoQ10 semulajadi dalam badan merosot sebanyak 40%.

Jadi sebab itu pesakit jantung merasa letih, lesu bila mula ambik ubat kolestrol.

Mengapa kita perlukan CoQ10?

Jumlah CoQ10 berkurangan mengikut usia.

Tubuh kita boleh menghasilkan CoQ10, namun keupayaan ini mula menurun pada usia 20 tahun dan berkurangan secara mendadak pada usia 40 tahun dan berterusan hingga 80 tahun.

Empat organ yang mudah terjejas apabila berkaitan dengan umur iaitu hati, paru-paru, buah pinggang dan jantung. 

Jika dilihat pada gambarajah di atas, organ jantung sangat terkesan dengan pertambahan umur. 

Pemakanan seharian kita tidak memberi CoQ10 yang mencukupi.

Nutrisi tidak lengkap. Penghasilan CoQ10 oleh tubuh memerlukan vitamin dan mineral.

Pencemaran di sekeliling kita. Tekanan oksidatif mengurangkan keupayaan badan untuk menghasilkan CoQ10.

Ubat statin mengurangkan penghasilan CoQ10.
Tahukah anda 100mg CoQ10 melalui pemakanan seharian bersamaan dengan:

✅️ 100 sudu makan Minyak kanola
✅️ 3kg daging merah
✅️ 3.3kg kacang
✅️ 100 cawan brokoli rebus

CoQ10 memberi banyak manfaat kepada jantung.

❤️ Menguatkan otot jantung
❤️ Peredaran darah yang sihat
❤️ Mengurangkan risiko penyakit 
      jantung
❤️ Meningkatkan tahap tenaga terutama bagi mereka yang mengambil statin.

❤️CoQ10 juga telah dibuktikan dapat Membantu penghasilan tenaga didalam organ jantung

❤️CoQ10 membantu meningkatkan penghasilan tenaga didalam otot jantung, menambah kekuatan mengepamnya. Penyelidikan juga menunjukkan CoQ10 meningkatkan peredaran darah. mengurangkan episode serangan angina dan mengurangkan palpitasi jantung. 

❤️Menggalakkan dan melindungi arteri sihat dari oksidasi LDL. 

❤️Banyak kajian telah menunjukkan CoQ10 mempunyai potensi untuk mengurangkan tekanan darah secara semulajadi tanpa kesan sampingan. Tindakan CoQ10 sebagai antioksidan yang kuat menghalang oksidasi LDL kolestrol 'tidak baik' dan menghalangnya dari melekat dan menyumbat salur darah. 

❤️Membantu menambahdan mengekalkan tahap CoQ10 didalam darah

❤️ CoQ10 berpaya meningkatkan tahap tenaga menambahkan stamina, dan mengurangkan kelesuan. Kajian juga mendapati suplimen harian CoQ10 dapat mengatasi simptom-simptom kelesuan.


Jadi combination yang terbaik untuk jantung adalah : 

1- CoQ10 bagi tenaga untuk jantung.
2- Polifenol anti keradangan untuk jantung yg sihat.
3- Asid lemak omega 3 tambah HDL, kolestrol yang baik supaya dapat bersihkan kolestrol jahat LDL dari saluran darah.
4- Sterol & Stanol tumbuhan untuk bantu menyekat kemasukan kolestrol dalam darah.

Menarik kan entri kali ini. Sayangilah jantung anda. Dapatkan suplimen CoQ10 anda untuk kesihatan jantung anda hari ini dan hari-hari mendatang.

Jom ke entri Kenali CoQ10 dan Mengapa ia Penting Untuk Tubuh ini untuk support sahabat Syida.

Terima kasih kerana sudi membaca sehingga di sini. Jangan lupa komen😘

Alhamdulillah 'ala kulli hal 
Assalamualaikum. 

Syida


#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#shakleepuchong2023


Disclaimer: Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda di bawah rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen kesihatan.




Post a Comment (0)
Previous Post Next Post