Amalan Gaya Hidup Sihat

Amalan Gaya Hidup Sihat


Assalamualaikum 
Bismillahi MashaAllah 

Mudahnya Untuk Kekal Sihat!
Pilihan dan pendekatan yang diambil bagi diet dan senaman harian adalah kayu ukur kepada tahap kesihatan anda. Menariknya, hanya sedikit perubahan mudah dari segi diet dan gaya hidup yang perlu dilakukan untuk mendapatkan manfaat yang tidak anda sangka-sangka!

Perubahan ini dapat anda rasai apabila badan anda dapat berfungsi secara optimum seperti:

✅️ Dapat membantu anda hidup lebih lama
✅️ Mood dan tahap tenaga anda yang lebih baik
✅️ Dapat mengurangkan risiko daripada penyakit kronik 
✅️ Dapat tidur yang berkualiti dan lebih lena
✅️ Dapat menguatkan perlindungan imun
✅️ Sistem pencernaan anda lebih sihat
✅️ Dapat menyokong otot yang sihat dan tulang yang kuat
✅️ Membantu menyingkirkan bahan kumuh dan toksin tanpa masalah
✅️ Menyokong pengurusan berat badan yang ideal
✅️ Kulit yang lebih sihat dan berseri


Makan Secara Sihat

Pengambilan diet yang seimbang dan sihat akan membekalkan nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh badan anda supaya organ-organ di dalam badan anda dapat berfungsi secara optimum setiap hari. 

Cadangan untuk makan secara sihat yang anda perlu lakukan hanyalah mengamalkan konsep “Suku-Suku-Separuh” semasa menikmati sajian. Selain itu, ambil suplemen secara bijak untuk merapatkan jurang nutrisi bagi memastikan fungsi badan anda berada berada di tahap optimum.

Sajian yang seimbang adalah sajian
yang sihat. Suku-Suku Separuh
adalah kaedah yang bagus untuk
mengamalkan tabiat makan yang
sihat sama ada anda di rumah atau
ketika anda menjamu selera di luar.

Isi pinggan anda dengan:
• ½ pinggan sayur dan buah (saiz cekup kedua-dua belah tangan)
• ¼ pinggan protein –daging tanpa lemak, ikan, kekacang, telur dan tauhu(saiz satu tapak tangan)
• ¼ pinggan karbohidrat – nasi perang, mi atau bihun,roti dan bijirin berserat tinggi serta bijian penuh (saiz satu genggaman)

3 tips makan secara sihat

✅️ Pilih air kosong 
✅️ Pilih minyak yang sihat
✅️ Kekal aktif

Kekal aktif

Kekal aktif adalah antara perkara penting dalam amalan gaya hidup sihat bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik. 

Anda boleh mencuba aktiviti seperti berbasikal, berjalan pantas atau berenang. Libatkan diri anda di dalam aktiviti gaya hidup harian seperti menaiki tangga dan melakukan kerja rumah atau latihan kekuatan contohnya menggunakan pemberat tangan, qigong mahupun yoga. 

Anda disarankan untuk melakukan
aktiviti fizikal selama 150 minit setiap minggu. Nampak macam banyak 150 minit tu kan? Tetapi jika dibahagikan kepada 7 hari, anda perlu kekal aktif selama 22 minit sahaja untuk sehari. Sekejap je kan!



Berminat join Shaklee? 

Jom, apa lagi. Join Shaklee sekarang! Anda boleh daftar ahli secara online atau WhatsApp Syida sahaja untuk Syida tolong anda daftarkan menjadi ahli Shaklee.

Jom ke entri Amalan Gaya Hidup Sihat ini untuk support sahabat Syida.

Terima kasih kerana sudi membaca sehingga di sini. Jangan lupa komen😘

Alhamdulillah 'ala kulli hal 
Assalamualaikum. 

Syida


#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#shakleepuchong2023


Disclaimer: Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda di bawah rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen kesihatan.
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post