Mak Diserang Asma, Batuk Tak Berhenti Sampai Terberak | Testimoni Vivix Shaklee Mak Saya

Mak Diserang Asma, Batuk Tak Berhenti Sampai Terberak | Testimoni Vivix Shaklee Mak Saya 

Assalamualaikum
Bismillahi MashaAllah 


Mak Syida seorang pengidap asma sejak mak remaja lagi. Mak tak ada penyakit asma ni sejak mak lahir tapi bila remaja asma mak semakin menjadi-jadi sehinggalah sekarang mak masih lagi pengidap penyakit asma.

Kami orang Terengganu. Bila musim tengkujuh, hujan sepanjang hari tak berhenti kadangkala sampai seminggu. Asma mak Syida semakin teruk bila musim tengkujuh. Selalu berulang alik ke klinik untuk ambil neb. Sehari dua kali ambil neb pun ada.

Teringat Syida satu hari tu. Mak kena serangan asma yang agak teruk sampai susah mak nak bernafas. Mak batuk-batuk tak berhenti. Syida papah mak ke bilik air sebab mak cakap nak buang air. Mak masih batuk-batuk tak berhenti sampai tak tertahan-tahan nak buang air. Mak batuk-batuk tak stop pastu mak cakap, "long, mak terberak sikit sambil lap air mata". 

Syida ada disebalik langsir sambil lap air mata jugak. Syida tau mak sakit sangat. Sungguh-sungguh masa tu Syida doakan semoga Allah ringankan serta sembuhkan sakit mak dan panjangkan umur mak serta minta Allah jangan ambil mak. Syida sangat tak bersedia untuk kehilangan mak. 😭😭 Masa tu Syida belasan tahun. Masih bersekolah lagi. The rest of the story is history.

Pada tahun 2014, Syida diberhentikan kerja dengan dapat pampasan dari syarikat kerana syarikat terpaksa ditutup asbab kos tinggi di Malaysia. Syarikat akan dibuka di India dan Syida boleh lagi bekerja dengan syarikat tu tapi kena ke India. Memang tak la kan. Keluarga semua dia Malaysia. Tak kan lah Syida sanggup nak ke India berjauhan dengan keluarga. Memang tak sanggup.

Dengan pampasan yang Syida dapat tu, Syida hadiahkan mak Syida sebotol Vivix untuk mak cuba. Mak Syida okay untuk makan Vivix. Tapi bila dia tahu harganya sedikit premium, mak Syida tak konsisten sebab sayang nak makan takut habis.😅

Asbab dari tu, Syida setiap hari telefon mak Syida untuk ingatkan supaya mak ambil sesudu Vivix. Sayang la kan kalau makan dengan konsisten. Macam mana Vivix tu nak berfungsi dengan betul dan macam mana pulak nak nampak kesan. 

Bila dah habis sebotol, Syida cepat-cepat topup stok Vivix mak. Berbotol- botol jugak mak makan Vivix sehingga mak tak perlu lagi nak kena ambil neb setiap bulan di klinik. Sehingga mak lalui bulan tengkujuh tak macam bulan tengkujuh tahun-tahun lain sebelum mak ambil Vivix. Syida happy sangat!

Ya Allah..Sesungguhnya aku sangat-sangat bersyukur kepadaMu. Asbab dari Vivix Shaklee Engkau ringankan sakit mak aku. Asbab dari Vivix Shaklee, mak tak asma teruk macam dulu lagi. Asbab Vivix Shaklee jugak, kesihatan mak semakin baik. Semuanya atas izinMu Ya Allah. Terima kasih Allah.🥲

Asbab dari Vivix Shaklee ni, mak Syida jadi testimoni bergerak. Dengar je saudara mara yang ada asma, mak mesti sungguh-sungguh nak mereka makan Vivix jugak. Mak dah rasa kesan positif asbab jadi pengguna Vivix, mak pun nak orang lain rasa jugak kesihatan semakin baik asbab Vivix.

Jadi, betul ke Vivix dapat membantu mengurangkan asma? Bagaimana?

Apakah kandungan yang terdapat dalam Vivix yang membantu pesakit asma?

Minuman Botani yang Lazat

Selama lebih 100 tahun, Shaklee sentiasa mendahului masa, berinovasi melalui sains dan menggunakan alam semulajadi dengan penemuan unggul yang kini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Inovasi berterusannya telah membawa kepada Vivix®, satu kejayaan revolusi dalam kesihatan.
 
Campuran Sempurna Polifenol

Selain buah anggur Muscadine yang amat berkuasa, ia juga dicampurkan dengan Rejuvetrol™ yang sedang dipatenkan iaitu campuran Ekstrak Knotweed Jepun, Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Eldeberi Eropah untuk meningkatkan keberkesanan dan memberikan spektrum perlindungan yang lebih luas. Shaklee menggunakan proses ekstrak yang dipatenkan untuk mengekalkan kuasa antioksidan dan polifenol supaya anda boleh hidup sihat dan bertenaga dengan minuman botani yang lazat ini!


Anggur Muscadine (Muscadine Grape)


Anggur hebat ini adalah satu satunya anggur di alam semulajadi yang mempunyai lebih satu kromosom, yang mana ahli sains percaya mengukuhkan profil polyphenolnya dan berpotensi untuk memanafaatkan kesihatan. Ia juga mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai didalam anggur jenis lain dan telah menunjukkan mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti- virus dan anti-bakteria.

Selepas dilakukan kajiselidik tambahan jenis anggur hebat yang paling mustajab ini dikenal pasti. Seterusnya kumpulan ini, bersama dengan ahli sains dari University Georgia, membangunkan satu proses ekstraksi sejuk dan lembut untuk menjamin satu ekstrak yang bermutu tinggi dengan aktiviti biologi tertinggi seperti yang ditunjukkan dalam beberapa siri ujian makmal untuk anti-penuaan. Untuk mencipta profil polyphenol yang kuat didalam Vivix", ahli sains menggabungkan resveratrol yang lampautulen dengan ekstrak dari anggur hebat ini, Elderberry Eropah dan Lobak ungu. Campuran inilah yang bertanggung jawab dalam banyak tindakan unik anti-penuaan sellular Vivix.


Ekstrak Lobak Ungu (Purple Carrot)


lanya adalah sumber terbaik vitamin A, dan mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins, dan sesquiterpenes.

la juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yang mustajab. Anthocyanins adalah bertanggungjawab pada warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran. Berry mengandungi banyak anthocyanins, terutama sekali bluberry, yang mengandungi aktiviti antioksidan yang teramat tinggi.

Anthocyanins adalah antioksidan utama didalam lobak yang berwarna ungu-kuning dan ungu-oren, dan lobak ungu-kuning mengandungi kapasiti antioksidan tertinggi, diikuti oleh lobak ungu-oren. 

Asid klorogenik adalah antioksidan paling banyak didalam semua jenis lobak. Asid klorogenik ini dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetes yang dikaitkan dengan pengambilan kopi. 

Sejak kebelakangan ini, kajian telah menunjukkan anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi, termasuk antioksidan, anti-radang, anti-mikrobial dan anti-carcinogen. Tambahan pula, ia juga mempamerkan kesan pada saluran darah, platelet dan lipoprotin yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.


Ekstrak Eldeberi Eropah (European Elderberry)


Satu daripada manafaat Elderberry adalah keberkesanannya dalam mengubati simptom flu, terutama sekali influenza B. Berry mengandungi flavonoids, yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat, dengan yang demikian mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria. 

Pada masa yang sama, Elderberry adalah sangat kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai anthocyanin, yang memberi kesan anti-radang. la juga dapat mengurangkan simptom seperti sakit otot, sakit atau demam yang berkaitan dengan selsema atau influenza.

Walau bagaimanapun, Elderberry tidak hanya kaya dengan antioxidant, tetapi juga vitamin A, B and C dan nutrien seperti asid, amino acids, carotenoid, tannin dan rutin. Semua ini adalah manafaat kesihatan yang didapati dari Elderberry. 

Selain dari menguatkan sistem imun, untuk melawan jangkitan virus dan flu, elderberry dan ekstraknya juga berkesan terhadap keadaan seperti flu, jangkitan yeast, astma, batuk, sesak hidung dan dada, dan diabetes. Ia juga dapat merendahkan tahap kolesterol dan juga menghalang oksidasi kolesterol LDL. Oksidasi LDL dianggap sebagai satu penyebab penting penyakit kardiovaskular.

Kesimpulannya, elderberry mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk, strok dan serangan sakit jantung. Seterusnya lagi manafaat penting dari elderberry adalah pengurangan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman.


Ekstrak Knotweed Jepun (Japanese Knotweed)


Knotweed Jepun (juga dikenali sebagai Polygonum Cuspidatum) adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia, yang juga banyak ditemui di Amerika Utara dan Erpoah. Knotweed Jepun adalah sumber komersial Resveratrol, yang juga terdapat dalam ekstrak kulit anggur merah dan juga biji anggur merah.

Knotweed Jepun mempunyai banyak manafaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplemen anti-penuaan seperti resveratrol dan banyak jenis perubatan tradisional Cina. 

Ahli sains telah banyak melakukan ujian makmal keatas haiwan untuk menentukan manafaat kesihatan resveratrol. Kesimpulan dari ujian ini menunjukkan resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet, dan mengurangkan berat badan.

Supplemen resveratrol mungkin jawapan untuk memanjangkan usia kita. Ujian sebenar untuk supplemen anti-penuaan ini adalah masa. Dimasa akan datang usia purata adalah didalam lingkungan 120 tahun, mereka yang mengambil supplemen Resveratrol akan berterima kasih untuk satu lagi terobosan santifik yang penting ini.

Antara empat bahan penting di dalam kandungan Vivix ini, bahan yang lebih fokus kepada penyakit asma ialah Eldeberi Eropah.

Eldeberi Eropah ni merupakan antioksidan yang kuat dan sangat bagus dalam meningkatkan imun sistem serta melawan virus.

Bagi pengidap asma, sangat penting untuk mereka menjaga kesihatan, meningkatkan sistem imun badan, menjauhi diri dari bakteria, kuman, virus. Pesakit mudah terdedah kepada serangan asma jika batuk berterusan, bersin yang sangat kerap, terdedah kepada habuk, lebih teruk jika terdapat jangkitan kuman pada paru-paru.

Kajian menunjukkan asma dapat dicegah apabila sistem pertahanan badan dapat dipertingkatkan.

Selain itu Eldeberi Eropah ini juga dapat membantu mengurangkan penghasilan mukus atau lendir di bahagian salur pernafasan dan membantu mengurangkan radang di bahagian tersebut. Eldeberi Eropah yang terdapat di dalam Vivix ini bukan sahaja bagus dalam membantu pesakit asma, malah dapat membantu masalah yang berkaitan dengan sistem respirasi seperti resdung, batuk, selesema, bronkitis, sakit tekak dan influenza. 

Oleh itu, VIVIX merupakan pilihan yang terbaik kepada anda terutama jika anda mengalami masalah disaluran respirasi termasuklah asma. Buatlah pilihan yang bijak demi kesihatan anda dan orang yang anda sayang.

Berita baik untuk anda. Bulan ini merupakan Promosi Vivix. Dapatkan 10% diskaun untuk belian Vivix Trio. 


✅️ Jimat sehingga RM119.70
✅️ Menjadi ahli Shaklee percuma - Jimat RM35
✅️ 0% EzyPay plan ansuran selama 6 bulan kepada semua pemegang kredit kad Maybank
✅️ Free Postage 


Terima kasih kerana sudi membaca sehingga di sini. Jangan lupa komen😘

Semoga entri ini mendapat hadiah istimewa tajaan www.anakkuwiraku.com. Aamiin🤲

Alhamdulillah 'ala kulli hal 
Assalamualaikum. 



#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#shakleepuchong2023


Disclaimer: Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda di bawah rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen kesihatan.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post