Pengalaman Ramadhan Dengan Set Puasa Shaklee Semasa Mengandung dan Menyusu


Bismillahi MashaAllah..
Alhamdulillah syukur tak lama lagi kita akan berjumpa lagi dengan ramadhan pada tahun 2023 ni. Ada 12 hari sahaja lagi untuk bertemu Ramadhan. Bestnya dan terasa tak sabarnya nak jumpa dengan bulan Ramadhan yang mulia pada tahun ni.

InshaAllah pada tahun ni Syida akan berpuasa lagi dengan Set Puasa Shaklee. Masuk tahun ni, Syida dah berpuasa dengan Set Puasa Shaklee ni selama 10 tahun sejak tahun 2014 lagi. 

Nak tahu tak, sepanjang berpuasa dari tahun 2014 tu, Syida berpuasa sebagai seorang ibu hamil dan juga sebagai seorang ibu menyusu dan semestinya dibantu oleh Set Puasa Shaklee dengan izin Allah. Eh lamanya mengandung dan menyusu sampai 10 tahun? Haha. Meh Syida senaraikan ye. Nak lukis tak pandai. So senaraikan je la ye..hehe

Tahun 2014 - berpuasa sebagai ibu hamil kerana mengandungkan anak pertama Syida, Aqeef Razin

Tahun 2015 - berpuasa sebagai ibu menyusu kepada anak pertama Syida, Aqeef Razin

Tahun 2016 - berpuasa sebagai ibu menyusu kepada anak pertama Syida, Aqeef Razin

Tahun 2017 - berpuasa sebagai ibu hamil kerana mengandungkan anak kedua Syida, Adeeb Rizqin dan ibu menyusu kepada anak pertama Syida, Aqeef Razin. Masa ni menyusu skali dengan mengandung. Bila fikir-fikir balik macam tak percaya pun ada.hehe

Tahun 2018 - berpuasa sebagai ibu menyusu kepada anak kedua Syida, Adeeb Rizqin

Tahun 2019 - berpuasa sebagai ibu menyusu kepada anak kedua Syida, Adeeb Rizqin dan ibu hamil kerana mengandungkan anak ketiga Syida, Aleesa Husna

Tahun 2020 - berpuasa sebagai ibu menyusu kepada anak ketiga Syida, Aleesa Husna.

Tahun 2021 - berpuasa sebagai ibu menyusu kepada anak ketiga Syida, Aleesa Husna.

Tahun 2022 - berpuasa sebagai ibu menyusu kepada anak keempat Syida, Aleesa Husna.

Tahun 2023 - berpuasa sebagai ibu menyusu kepada anak keempat Syida, Aleeya Hanna.

Berpuasa sebagai ibu hamil, ibu menyusu, ibu hamil dan menyusu yang ada anak kecil nak di jaga bukan mudah ye kawan-kawan. Tapi dengan bantuan Set Puasa Shaklee, Syida dapat berpuasa dengan baik. Alhamdulillah..

Sebagai seorang ibu, macam-macam pengalaman Syida lalui sepanjang berpuasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah Syida dapat laluinya dengan baik bersama Set Puasa Shaklee. Set Puasa Shaklee sangat-sangat membantu untuk Syida berpuasa dengan sihat dan selesa serta memberikan Syida Ramadhan yang lebih produktif dan bermakna.

Banyak masalah yang Syida dapat atasi dengan Set Puasa Shaklee. Antaranya:

1. Tidur Yang Mencukupi 

Semasa Syida mengandung anak pertama, Syida berpuasa Ramadhan pada kandungan Syida 36 minggu. Memang dah sarat sangat dah. Tidur pun dah kurang selesa dengan perut besar.

Tidur yang tak cukup, kandungan nutrien pemakanan dan kehilangan elektrolit dalam badan boleh menurunkan tahap tenaga. 

Semasa berpuasa sebagai ibu hamil dan ibu menyusu, Syida pastikan Syida dapat rehat yang cukup dan tidur yang berkualiti supaya dapat bangun dengan rasa segar. 


Syida pastikan badan Syida kekal terhidrat dengan Performance® Drink yang terdapat dalam Set Puasa Shaklee. Syida pasti sertakan makanan yang memberi tenaga berpanjangan seperti ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder yang juga ada di dalam Set Puasa Shaklee.

2. Cecair dalam Badan yang Mencukupi

Sebagai seorang ibu menyusu, cecair dalam badan yang mencukupi sangat penting kerana Syida nak pastikan anak Syida dapat susu yang berkhasiat dan mencukupi sepanjang Syida berpuasa.

Badan kita secara semulajadi kehilangan elektrolit melalui pernafasan, peluh dan kencing. Kehilangan yang berlebihan menyebabkan dehidrasi yang mana boleh menjadi lebih serius lagi dengan pendedahan kepada haba, tidak mendapat cecair yang mencukupi sebelum mula berpuasa dan juga dengan aktiviti fizikal. Ia juga boleh menyebabkan sakit kepala. Syida cuba elakkan dehidrasi dengan:

✅️Ambil Performance® Drink yang terdapat di dalam Set Puasa Shaklee. Ia berfungsi sebagai penghilang dahaga ideal yang menghidratkan, membekalkan gabungan propietari elektrolit OPTI-LYTE™ dan campuran unik karbohidrat untuk memberi tenaga segera dan berterusan serta menyokong penghidratan optimum.

Selain tu kita boleh juga elakkan dehidrasi dengan kekal sejuk seperti berada di dalam bilik berhawa dingin.
Selain itu, kita boleh elakkan pendedahan kepada haba yang berlebihan seperti tidak berada di bawah terik matahari.

3. Kekalkan berat badan optimum sebagai ibu menyusu dan pastikan kenaikan berat badan secara ideal semasa mengandung

Ramai orang mengharapkan dapat kurus di bulan puasa. Betul ke betul? Hehe. Salah satu sebabnya nak bergaya manis sopan dan cantik dengan baju raya baru di pagi raya.

Kita mungkin mengalami kenaikan berat badan yang mendadak atau berlebihan kerana terdapat kecenderungan untuk terlebih makan atau terlalu banyak menikmati makanan yang tinggi dengan lemak. Maklumlah bulan Ramadhan bermacam-macam makanan sedap ada di bazar Ramadhan. Semuanya nampak sedap kan. Hehe.

Dengan makan berlebihan menjadikan terhapuslah manfaat sebenar berpuasa. 

Cara Syida kekalkan berat badan optimum sebagai ibu menyusu dan pastikan kenaikan berat badan secara ideal semasa mengandung dengan:

✅️Makan secara sederhana.
✅️Mengamalkan tabiat makan yang sihat melalui kawalan diri dan disiplin.
✅️Urus berat badan Syida dengan Cinch® Shake Mix.


Cinch Shake Kaya dengan protein dan serat tambahan. Ia memberikan Syida rasa kenyang lebih lama dan mengekalkan kesihatan pencernaan Syida.

Di dalam Cinch Shake ditambah dengan Leusina untuk membantu Syida mengekalkan jisim otot dan untuk mencapai berat badan yang lebih sihat.

Cinch Shake yang ada di dalam Set Puasa Shaklee ini adalah shake yang lazat, pantas dan berkhasiat untuk kita. Ia membekalkan nutrien yang menyamai satu hidangan lengkap dengan rasa yang enak dan sedap seperti pemanis mulut.

4. Tiada Masalah Pedih Ulu Hati

Puasa secara amnya mengurangkan jumlah asid perut. Walau bagaimanapun, pedih ulu hati boleh berlaku melalui pemikiran atau aroma makanan yang secara semulajadi memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan pengeluaran asid di dalam perut.

Suka Syida nak kongsikan pengalaman Syida kena pedih ulu hati masa bulan puasa tahun 2014. Masa tu Syida mengandung dengan kandungan 36minggu.

Macam-macam usaha Syida cuba untuk bantu Syida atasi pedih ulu hati. Antaranya makan ubat angin yang doktor bagi, beli Gaviscon dekat farmasi. Yes, Gaviscon membantu Syida tak rasa sakit pedih ulu hati tu. Tapi lepas 4 jam Syida akan rasa sakit balik. 

Syida berfikir tak kan la Syida nak bergantung dengan ubat dan Gaviscon ni sampai Syida bersalin kan. Jadi Syida konsisten minum ESP shaklee setiap hari. Masa sahur Syida minum ESP dan masa berbuka pun Syida minum ESP. 


Seriously ia menjadi korang!! Syukur sangat-sangat masa tu Syida dapat sambung berpuasa dengan baik tanpa gangguan pedih ulu hati. Kalau tak, Syida terpaksa berbuka puasa pukul 4 petang. Ada juga Syida terpaksa berbuka puasa pukul 6 petang tau. Sayang kan!

Korang kalau ada pedih ulu hati jugak boleh kawal dengan:

✅️Makan secara sederhana.
✅️Hindari makanan yang pedas dan berminyak.
✅️Kurangkan pengambilan kafein.
✅️Ambil protein berkualiti berasaskan tumbuhan seperti ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour yang terdapat di dalam Set Puasa Shaklee untuk menguatkan otot perut dan esofagus.
✅️Ambil pudina dan halia untuk melegakan ketidakselesaan penghadaman.
 
5. Dehidrasi, kelaparan dan kelesuan melampau.

Syida bersyukur sangat sebab Syida jumpa dengan Set Berpuasa Shaklee awal. Syida berpuasa dengan Set Puasa Shaklee sejak Syida hamil anak pertama lagi. Jadi Syida dapat atasi masalah dehidrasi, kelaparan dan kelesuan melampau ni.

Dehidrasi yang berpunca daripada ketidakseimbangan elektrolit, kelaparan atau rehat yang tidak mencukupi boleh menyebabkan sakit kepala juga. Cara Syida nak pastikan tak sakit kepala dan sekaligus atasi masalah ini dengan:

✅️Kekalkan amalan diet yang sederhana dan seimbang - Syida pastikan Syida bangun untuk sahur.
✅️Syida pastikan Syida mengambil Protein Soya ESP yang ada dalam Set Puasa Shaklee tu untuk tenaga berpanjangan dan rasa kenyang yang lebih lama sepanjang Syida berpuasa.
✅️Syida pastikan Syida kekal hidrat dan tingkatkan tenaga dengan Performance® Drink juga terdapat di dalam Set Puasa Shaklee yang membekalkan gabungan unik elektrolit. Campuran unik karbohidrat di dalam PD ni dapat membantu menyokong penghasilan tenaga segera dan berpanjangan sepanjang waktu berpuasa.

Korang dah bersedia nak berpuasa? Jum lah buat persediaan berpuasa dengan Set Berpuasa Shaklee!

Berita baik untuk anda. 

‼️SET PUASA SHAKLEE TENGAH PROMOSI‼️

(Promosi ini hanya sah pada bulan Mac 2023 sahaja. Selepas bulan Mac 2023, harga Set Puasa Shaklee ini akan kembali kepada asal)



Anda nak mencuba sekarang Set Puasa Shaklee pada bulan Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi? Senang sahaja. 

Anda boleh hubung Syida dengan klik sahaja link WhatsApp ini untuk Syida bantu anda buat belian atau anda boleh terus buat pembelian secara online di sini. Anda juga boleh dapatkan Set Puasa Shaklee ini dengan harga lebih jimat lagi.

Caranya hanya perlu menjadi ahli berdaftar Shaklee. Klik je link WhatsApp di atas untuk Syida daftarkan anda atau klik je link pendaftaran secara online ini. Nanti selepas daftar, WhatsApp je Syida untuk claim hadiah sebagai ahli baru Shaklee. Selagi stok masih ada. Nak baca lebih lanjut tentang hadiah ni, boleh ke entry 9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best.

Semoga membantu anda untuk berpuasa dengan lebih bertenaga sekaligus dapat membantu anda mempertingkatkan amalan di bulan Ramadhan yang mulia. InshaaAllah. 

Alhamdulillah 'ala kulli hal..

#kocekraya2023
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#shakleepuchong2023

Disclaimer: Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan daripada pakar perubatan yang bertauliah.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post