9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best


Syida beruntung sangat kerana kenal Shaklee di awal umur 27 tahun. Ada yang lagi muda dari Syida dah kenal Shaklee juga. Dan ada juga yang dah tua pun masih belum kenal Shaklee. Yang tua menggunakan Shaklee berpuluh-puluh tahun pun ada juga.
Entry kali ni Syida nak cerita kepada anda semua tentang 9 Sebab Kenapa komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best.

1. Value Ukhwah Yang Sangat Akrab.


Berada di dalam komuniti Bisnes Shaklee ni, Syida tak pernah terasa kecilnya aku yang hanya pangkat Supervisor jika nak dibandingkan dengan para master-master hebat. Syida kenal upline Syida iaitu Aeinna Musa sejak Form 1 sekolah Menengah. Jadi kami agak rapat. Tetapi Syida sebenarnya belum pernah kenal upline di atas Aeinna Musa.

Contohnya Master Nadiah dan Master Amir, Master Iffah Anuar dan Master Firdaus, Master Norita dan Master Naquib ni Syida belum pernah kenal mereka. Kami bukan dari sekolah yang sama atau circle yang sama. Tapi Allah hadirkan mereka kepada Syida untuk menjalinkan ukhwah yang ikhlas kerana Allah.

Ukhwah yang kuat, kasih yang tulus, persahabatan sehingga ke syurga.
Kenal melalui bisnes Shaklee, tapi ukhwahnya seperti ada tali persaudaraan.

Dalam satu ceramah Ustazah Asma Harun, ustazah kata,’ Allah S.W.T tak pernah silap atur pertemuan kita dengan sesiapa pun di dunia’. Itulah hebatnya planning Tuhan Yang Maha Esa. Asbab Shaklee Syida kenal mereka. Layanan mereka terhadap Syida sangat baik.

2. Kawan Dunia Akhirat

Seorang suri rumah yang mengadap anak kecil 4 orang dan suami 24jam 7 hari sangat lah mencabar kalau tak ada kawan. Syida kena sentiasa berusaha untuk pastikan mental Syida sihat supaya anak-anak dan suami gembira bahagia dan bukannya mangsa kepada stressnya seorang surirumah.

Dengan adanya circle komuniti Shaklee yang super duper positif membentuk Syida menjadi seorang yang berfikiran waras dalam bertindak melakukan sesuatu perkara. Berkawan dengan sahabat yang dari pelbagai kisah kehidupan dan kerjaya hebat membuka mata Syida kepada dunia yang lebih luas dan melatih diri Syida untuk sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan.

Di dalam Shaklee Syida ada upline yang sentiasa meminjamkan telinga dan bahu untuk Syida luahkan apa sahaja walaupun bukan berkaitan bisnes. Value upline yang sentiasa ambil berat kepada downlinenya agak mustahil Syida nak jumpa di dalam komuniti bisnes selain komuniti Shaklee.

Kawan yang ramai dan yang baik membawa kebahagiaan yang sangat luar biasa. Rugi sangat siapa tak berkawan dengan erti kata yang sebenar.

Maksudnya saling membantu, saling prihatin, saling menyayangi antara satu sama lain.

Bukan kawan atas nama kawan saja.
Di dalam community bisnes Shaklee Syida dapat kawan yang begitu. Penting untuk Syida sentiasa berada di dalam circle positif kerana ia akan mempengaruhi tugas seharian Syida.

3. Komuniti Bisnes Yang Sihat

Di dalam Bisnes Shaklee, Syida belajar banyak benda. Antaranya bersaing secara sihat dan dalam masa yang sama saling bantu membantu antara satu sama lain untuk berjaya walaupun mereka dari organisasi yang lain di mana secara logiknya Syida tidak membantu apa-apa pun dari segi sale mereka. Contohnya semasa di dalam Projek Blog Mega Shaklee Euphoria. Kami saling bantu membantu walaupun dari organisasi yang berbeza. Tiada iri hati kerana masing-masing berfikir rezeki itu datang dari Allah bukan dari usaha diri sendri. 

Syida perasan di dalam bisnes Shaklee masing-masing tamakkan pahala. Contohnya mereka yang berada di dalam komuniti Shaklee ini tidak berasa lokek atau kedekut untuk berkongsi apa-apa ilmu yang mereka tahu. Jika Syida bertanya dan minta tunjuk ajar, mereka akan mengajar sehabis baik sehingga faham. Yang bestnya lagi, mereka followup pulak selepas mereka mengajar sesuatu ilmu tu. Sangat best!

4. Ilmu Kerohanian

Di dalam komuniti Shaklee ni, Syida tak belajar tentang bisnes sahaja tetapi Syida juga belajar tentang ilmu agama. Kawan-kawan di dalam community Shaklee Syida ni terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada doktor perubatan, ada ahli farmasi, ada cikgu-cikgu, ada suri rumah, anak berderet, ada ustazah Maahad yang mengajar al Quran, ada pensyarah universiti yang mengajar tentang hadis dan Al Quran. MashaAllah! 

Syida pernah join kelas yang ajar, dengar dan betulkan bacaan Al- Fatihah yang dibuat oleh organisasi Shaklee Syida. Cikgu yang mengajar adalah orang ahli Al-Quran yang juga ahli Shaklee. 


Di dalam komuniti shaklee Syida ni, kami ada juga group tadarus Al-Quran. Selain tu, kami juga ada Quran Time yang selalunya diadakan pada hari Khamis selepas maghrib atau selepas Isyak. Tujuannya untuk membaca Surah Yaasin, Al Kahfi(10 ayat awal dan 10 ayat akhir), Al Mulk serta Majlis Khatam Al Quran. Untuk aktiviti Quran Time ni, kami akan menjemput ustaz-ustaz yang bertauliah membaca Al Quran serta memberikan tazkirah yang berkaitan di akhir sesi.

5. Peluang Tambah Ilmu Kesihatan Dengan Para Doktor dan Scientist Malaysia.

Syida suka sangat point yang ke enam ni. Peluang ni Syida akan cuba rebut untuk join di dalam community Shaklee ni kerana bayarannya sangat lah tak masuk akal. Murah! Syida pasti ada para master atau pihak Shaklee dah bayarkan. Yuran yang dikenakan kepada peserta mungkin hanyalah untuk bayaran komitmen sahaja.

Kenapa Syida cakap macam tu? Ilmu yang Syida dapat bukan dari calang-calang orang. Antaranya, Doktor Hafiz Sulaiman, Profesor Madya Doktor Haresh Kumar, Doktor Redza Benjamin Saintis terkenal Malaysia. Mereka ni bukan dari kalangan orang-orang Shaklee tau. Contohnya Doktor Redza Benjamin tu kan. Dia adalah saintis kepada produk Siti Nurhaliza penyanyi nombor 1 Malaysia. Mesti bayaran untuk dapatkan dia menjadi speaker untuk satu-satu workshop tu mahal kan? Kalau la Syida join kelas-kelas mereka di luar komuniti Shaklee, mesti Syida hanya mampu tengok je kerana yurannya mahal. Tetapi tidak di dalam Shaklee.



Join kelas-kelas dan workhop yang begini dapat menimba ilmu yang kadang-kadang tu belum pernah Syida dengar serta membuka minda.

Jika workshop tu berlangsung dari pagi sehingga petang, makanan juga disediakan. Makanan semestinya sedap-sedap dan sungguh menyelerakan. Hadiah-hadiah juga sangat-sangat berbaloi. Selalunya hadiah akan diberikan kepada orang-orang yang menjawab soalan-soalan kuiz yang diberikan.

6. Viktoria Welcome Pack.

Viktoria Welcome pack ni adalah salah satu inisiatif komuniti bisnes Shaklee Syida. Kami ada support group yang besar iaitu Viktoria di bawah Master Iffah Anuar dan Master FirdausZulkifli. Jadi setiap ahli baru yang berdaftar di bawah team Syida akan dapat welcome pack sebagai hadiah. 

Pasti orang baru yang join team kami akan rasa sangat gembira bila mendapat hadiah kerana hadiah yang diberi itu simbolik kepada mengalu-alukan kedatangan ahli baru ke team kami. Bila dah jadi ahli ni, nak makan sendiri boleh nak join buat bisnes pun boleh. Tak perlu bayar apa-apa pun sebab bila dah jadi ahli Shaklee maka dah boleh mula buat bisnes. Tapi terpulang kepada anda jika nak buat bisnes atau tidak. Jika nak buat bisnes, kami akan beri bimbingan sebaiknya. 

Cara nak jadi ahli mudah sahaja. Ada 2 cara. Pertama cuma perlu bayar pendaftaran serendah RM35 sahaja dah boleh nikmati semua barang Shaklee dengan harga ahli atau boleh terus buat bisnes. Kedua, hanya dengan belian 100UV ke atas, terus layak menjadi ahli Shaklee secara percuma. 

7. Sistem Yezza, tak perlu pegang stock barang.

Kami di bawah organisasi Viktoria disediakan sistem Yezza untuk memudahkan kami membuat pesanan supaya kami tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak untuk menyediakan stok kepada pelanggan kami.

Pernah tak dengar, "jika nak mula bisnes kena beli sekian stok dengan harga sekian-sekian? Jika tak dapat jual stok tu, terperuk lah stok di bawah katil..". Dalam komuniti bisnes Shaklee Syida tak perlu buat macam tu. Jadi, dengan adanya sistem Yezza sesiapa pun layak nak berniaga. 

Bila ada ada customer Syida nak barang Shaklee, Syida cuma buat pesanan dalam sistem Uezza sahaja. Kemudian, semua urusan seperti pembungkusan, pengeposan atau penghantaran akan diuruskan oleh staf Viktoria. Tak perlu susah-susah nak gi pejabat pos nak pos barang. Sangat mudah dan semestinya juga sangat flexible. Di mana-mana je pun boleh Syida boleh buat bisnes Shaklee ni janji ada telefon atau laptop dan ada internet.


Ini lah system Yezza yang Syida guna.

8. Peluang Mendapat Cabutan Bertuah 

MashaAllah Tabararakallah pemurah sangat-sangat leader di dalam komuniti Shaklee ni. Pantang ada peluang mereka nak bersedekah. Antara ialah peluang mendapat cabutan bertuah. Caranya dengan buat belian serendah RM250 di dalam sistem Yezza yang disediakan oleh Viktoria, dah cukup syarat untuk layak dapat lucky draw. 


Ini adalah antara hadiah cabutan bertuah yang pernah Syida dapat. Best ke best sangat?

Peluang untuk dapat lucky draw ini hanya exclusif kepada ahli di bawah team Viktoria sahaja.

9. Peluang Berjumpa dan Bersahabat dengan Jutawan.

Yang ni Syida rasa susah sangat untuk Syida dapat peluang berkawan dengan jutawan yang mempunyai mindset yang sangat ingin membantu orang lain. Tapi tidak dalam komuniti Shaklee ni. Syida dapat peluang bergaul dengan mereka, mendapat nasihat daripada mereka, bertukar pendapat dengan mereka, berada di majlis yang sama dengan mereka. Tiada jurang persahabatan antara mereka. Alhamdulillah syukur.

Anda juga layak untuk merasai dan berada di dalam komuniti bisnes Shaklee ni. Jom join sekarang! Hubungi Syida di link WhatsApp Syida ni atau klik je link pendaftaran secara online ini. Nanti anda hanya perlu mesej Syida untuk claim Viktoria Welcome Pack.












#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#shakleepuchong








Post a Comment (0)
Previous Post Next Post