Review Dan Feedback Blog Mega Shaklee 1.0 Dan Kenapa Nak Join Lagi Blog Mega Shaklee 2.0

Review Dan Feedback Blog Mega Shaklee 1.0 Dan Kenapa Nak Join Lagi Blog Mega Shaklee 2.0

Ferbruari merupakan bulan kelahiran Syida. Tarikh lahir Syida 9 Februari.(nak jugak bagitahu kan..haha). Permulaan yang membanggakan dan mudah nak ingat jugak bila di bulan Februari 2023 ini Syida mulakan dengan menjadi salah seorang peserta di dalam Projek Blog Mega Euphoria Shaklee 1.0. 

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.


Syida sangat-sangat bersyukur dan berbangga kerana Allah S.W.T pilih Syida untuk menjadi salah seorang peserta yang terlibat di dalam Projek Blok Mega Euphoria Shaklee 1.0 ini kerana projek ini disertai dengan bukan calang-calang peserta. Peserta-pesertanya datang dari pelbagai latar belakang pekerjaan dan juga datang dari pelbagai pangkat di dalam Shaklee even ramai master-master juga turut join sekali.


Tujuan utama Syida menyertai Projek Blog Mega Euphoria Shaklee 1.0 ini adalah untuk menumpang wave Shaklee. Selain itu, Syida juga nak hidupkan balik blog Syida yang dah lama sangat tak ber'update'. Syida mula tulis blog sejak tahun 2014. Tapi tak tahu la apa yang sibuk sangat sampai tahun 2022 langsung tiada entry yang Syida tulis. Maafkan saya ya. Tahun 2023 ni Syida start menulis balik entry di blog Syida inshaAllah. Korang jangan tak baca tau!


Kebetulan pula team Euphoria di bawah master hebat Shaklee iaitu Master Norita menganjurkan Projek Blog Mega ni. Syida dengan semangat yang agak lemau sebelum ni berasa berkobar-kobar menjadi lebih semangat nak update blog dengan join cabaran program ini. Penyertaan bagi projek ini yang sangat menggalakkan dan diluar jangkaan penganjur iaitu hampir 200 peserta. 


Syida diberikan tugasan untuk menyiapkan 2 entry di dalam masa 2 minggu. Tak ada la susah sangat kan. Tapi jika bertangguh dan beralasan, ia menjadi susah juga. Tugasan pertama Projek Blog Mega ini ialah dengan menyiapkan entry berkaitan tentang Intermittent Fasting. Dan tugasan kedua pula ialah entry berkaitan Set Kurus Shaklee.


Di dalam Projek Blog Mega ini, setiap tugasan perlulah disiapkan sebelum tamat tarikh yang diberikan. Maksudnya ada 'cut off time' la. Dateline yang disetkan menyebabkan Syida cuba sedaya upaya tidak bertangguh dan cuba buat sehabis baik untuk menyiapkan entry dengan tajuk yang diberikan supaya Syida tidak menyusahkan orang lain. Dengan sebab ini juga, Syida menjadi lebih semangat untuk membuat entry bersama-sama dan menyiapkan entry sebelum masa yang diberikan tamat.


Kenapa Syida cakap 'tidak menyusahkan orang lain'?


Ini kerana, di dalam Projek Blog Mega ini link entry bagi tugasan yang diberikan itu tersangatlah penting kerana link ini akan digunakan oleh orang lain untuk membina wave supaya google dapat capture entry yang di post. Ia berkaitan dengan SEO. Nak cerita details pun ia sangatlah teknikal. Okay sambung...Kalau link Syida tak siap, Syida mungkin akan membuatkan link orang lain terputus di tengah jalan dan boleh sebabkan Syida tidak memudahkan urusan orang lain. 


Hadiah yang disediakan penganjur bukanlah biasa-biasa. Alhamdulillah Syida terpilih menjadi peserta yang memenangi hadiah Nutriferon. Best sangat-sangat. Bukan murah awak Nutriferon ni. Tapi bukan harga yang Syida tengok kerana khasiat Nutriferon ni melebihi dari harganya tu. Berbaloi-baloi sangat.

Bukti Syida menang Nutriferon. 😊 Syukur Alhamdulillah 🤲

Syida nak lagi join Projek Blog Mega Euphoria Shaklee 2.0 yang akan datang kerana Syida nak jadikan blog Syida salah satu platform untuk Syida mengutip pahala dengan berkongsi ilmu. 


Selain itu, Syida nak join lagi Projek Blog Mega ni kerana Syida nak menimba ilmu tentang blog dan Shaklee. Syida juga nak apply ilmu-ilmu blog dan ilmu-ilmu Shaklee yang telah dan akan Syida pelajari di dalam blog ni.


Sokongan dan bimbingan dari Master Salwa Zen dan Master Norita yang nak melihat kami berjaya seperti seorang ibu nak tengok anaknya berjaya. Tiada pilih kasih dan tidak kira siapa peserta di dalam Projek Blog Mega ni, anda tetap di layan hebat sama rata.


Betul la kata orang, nak berjaya mesti bersama-sama. Nak berada di puncak secara konsisten dan kekal lama mestilah bukan sorang-sorang. Dengan menyertai Projek Blog Mega ni, Syida belajar yang nak berjaya mestilah berjemaah. Yang di atas dan yang di bawah perlu sama-sama saling bantu membantu antara satu sama lain. Begitu juga perlu di apply di dalam bisnes Shaklee dan organisasi masing-masing. 


#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#blogmegashaklee

#shakleepuchong




Post a Comment (0)
Previous Post Next Post