Friday, 12 December 2014

Wednesday, 10 December 2014

Kesan VIVIX pada Mak Syida... :)

Assalamualaikum pembaca blog Syida... :)

.

Syida doakan pembaca setia blog Syida diberi kesihatan yang maksimum...aamiin..

.

Hari ni Syida nak cerita tetang Vivix...Syida nak cerita kesan kepada mak Syida...Mak dah makan lebih dari setengah botol dah sekarang...Alhamdulillah dapat juga mak konsisten makan Vivix tu....hehe...

.

Syida memang niat nak jadi pembekal Vivix untuk mak selalu...doakan Syida ye kawan2..:)Tiada bayaran untuk mak kerana mak Syida tak pernah mintak bayaran dari kecil sehingga sekarang dalam setiap apa kebaikan yang beliau buat pada Syida...Allah...


.

Mulianya hati seorang ibu...rindunya dekat mak...huhu...untunglah kepada siapa yang boleh menatap wajak mak ayahnya setiap hari kerana dengan menatap wajah mereka pun kita dah di beri pahala... :)

.

Kalau nak cerita pasal manfaat Vivix ni banyak tau kawan-kawan...In Sha Allah Syida akan buat sharing pasal manfaat atau kebaikan Vivix ni di lain entry ye...:)

.

Antaranya ialah menggalakkan kehilangan berat badan...yang ni mak Syida takut sangat sebab mak Syida ni kurus sangat sebab mak ada asthma...semiga asthma mak terus go away!!...

.

Memang syida selalu remind mak supaya minum air banyak kalau ambil vitamin ni...pastu memang syida bagitau mak yang mungkin akan ada proses pemulihan ataupun healing crisis..

.

Memang betul...lepas mak makan Vivix beberapa hari, mak syida cakap muka dia rasa panas macam nak demam...maka Syida sarankan mak minum air banyak2...Mak Syida ni susah sikit nak minum air sebab malas nak ke tandas selalu...hahaha...apa punya alasan la kan..hihi... :)

.

Lepas tu kan....mak syida cakap bila time makan dia rasa lapar...ini syida suka sangat effect vivix dekat dia sebab mak syida memang makan tak ikut time...kalau lunch selalunya lepas asar...kalau dinner pulak selalunya lepas isya dan kadang2 pukul 12 malam pun ada baru nak dinner...

.

Mak syida cakap dia selalu rasa lapar...hihihi...maksudnya mungkin Vivix tak bagi kesan menggalakkan kehilangan berat badan untuk mak syida malah menggalakkan ke arah berat badan yang ideal...kalau orang gemuk yang makan mungkin menggalakan kehilangan berat badan la kan... :)

.

Hehe...apa-apa pun Syida suka dengar perkembangan mak syida...demimu mak, syida sanggup buat apa sahaja supaya kesihatan mak syida tip top... :)



p/s:Jika perlukan bantuan dan khidmat nasihat PERCUMA boleh tanya Syida :)






our Shaklee Independent Distributor,

Nurul Syahida Binti Ali
ID: 1113081
Call/SMS/WhatsApp: 013-9212767
Email: nurulsyahidaali@gmail.com
COD Area: Puchong, Ampang, Petaling Jaya
Continue Reading

Sunday, 23 November 2014

MAKANAN SUNNAH VS SUPLIMEN....dan realiti hari ni...

Assalamualaikum...

Syida doakan pembaca2 celoteh syida tergolong di dalam golongan ahli2 syurga..aamiin.. :)

Berbalik kepada tajuk entry ni syida nak kongsikan tentang makanan sunnah vs suplimen aka vitamin..suplemen ni vitamin la ataupun ada orang panggil makanan tambahan..hehe

Makanan sunnah ni tidak lah fokus kepada kurma, madu, buah tin, buah zaitun, tembikai dan sebagainya semata2..TETAPI............

Makanan sunnah ialah apa2 makanan yang memberikan kesihatan dan kecergasan walau tidak wujud di zaman Nabi Muhammad. Jenama makanan sunnah jangan hanya disempitkan kepada apa yang ada di zaman Nabi Muhammad..
From:ustaz zaharuddin abd rahman.

Persepsi orang sekarang mengatakan makanan sunnah yang terbaik tanpa ada roh sebenar sunnah yang diamalkan khususnya adab dan etika dalam pemakanan..contohnya ada orang sanggup mengkritik makanan tertentu seperti makanan yang tidak disukai mereka sedangkan antara salah satu etika makan baginda Nabi tidak mengkritik makanan..kalau cerita pasal etika makan baginda Nabi Muhammad S.A.W ni panjang la entry ni...tak pe...insyaAllah Syida akan cerita di lain entry okay... :)

Memang makanan sunnah merupakan makanan yang baik dan hebat tetapi Allah juga menjadikan dan mengurniakan macam2 spesies hidupan lain dimuka bumi untuk dinikmati dan setiap dari spesies hidupan mempunyai nilai pemakanan yang tersendiri dan nilai pemakanan yang tinggi..

Seperti yang di sebut dalam Al-Quran; surah Al-Baqarah ayat no. 168 juz ke 2,
"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu". (2:168)

Saranan Baginda Nabi Muhammad dalam mengubati penyakit dengan ubat-ubatan dan makanan yang biasa digunakan..maksudnya amalan kebiasaan atau kelaziman adalah tabiat bagi seseorang manusia. 

Tahukah anda yang sumber penyakit adalah dari perut?? :) Ya..betul tu...perut adalah sumber kepada penyakit..

Biasakanlah tubuh itu memakan sesuatu yang biasa dimakan. Oleh itu lagi bagus jika kita mencuba/menerokai/menghargai khasiat serta manfaat makanan dan tumbuhan yang berada di sekeliling kita sebagai sumber makanan dan ubatan.

Baginda Nabi Muhammad bukan setakat makan makanan yang di sebut dalam Al-Quran sahaja seperti madu, kurma dan sebagainya tetapi baginda Nabi juga makan roti, daging dan sebagainya tetapi makanan ini contohnya roti tidaklah dikatergorikan sebagai makanan sunnah kan??

Walau apa pun makanan sunnah yang disebut di dalam Al-Quran dan diamalkan oleh baginda Nabi ada hikmahnya yang tersirat..sesetengahnya telah pun dibuktikan melalui kajian dan ada yang masih belum diterokai..

Yang penting kajian perlu dilakukan dalam isu makanan sunnah untuk memastikan pengguna mendapat manfaat dan khasiat yang dijanjikan..

Amalan memakan atau mengamalkan makanan sunnah yang disebut di dalam Al-Quran tidaklah bercanggah dengan konsep dan amalan kesihatan semasa malahan lagi digalakkan jika mendapat manfaat kepada seseorang atau individu itu sendiri.

Tapi jika berlebih-lebihan dalam apa jua makanan yang baik malah dalam pengambilan suplemen sekalipun ia tetap mendatangkan mudharat..

Oleh itu, kesimpulannya...suplimen atau vitamin merupakan makanan tambahan yang boleh membantu kita untuk lebih sihat dan lebih cergas bertenaga..jadi, maksudnya suplimen juga termasuk di dalam makanan sunnah..

Lagi la bagus jika kita mengamalkan kedua-duanya...ingat!!! jangan berlebih-lebihan... :)



Your Shaklee Independent Distributor,

Nurul Syahida Binti Ali
ID: 1113081
Call/SMS/WhatsApp: 013-9212767
Email: nurulsyahidaali@gmail.com
COD Area: Puchong, Ampang, Petaling Jaya
Continue Reading

Saturday, 22 November 2014

Wednesday, 12 November 2014

Monday, 10 November 2014

Saturday, 8 November 2014

Tuesday, 4 November 2014

Sunday, 26 October 2014

Sufi, Saif, Uwais

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh...

Seperti yang telah Syida janjikan sebelum ni ( sini )... ni lah dia anak kepada sepupu Syida aka anak buah Syida...kalau orang terengganu biasanya cakap anak sepupu...ni la dia Sufi, Saif dan Uwais..
Continue Reading

Sunday, 19 October 2014

Friday, 17 October 2014