MAKANAN SUNNAH VS SUPLIMEN....dan realiti hari ni...

Assalamualaikum...

Syida doakan pembaca2 celoteh syida tergolong di dalam golongan ahli2 syurga..aamiin.. :)

Berbalik kepada tajuk entry ni syida nak kongsikan tentang makanan sunnah vs suplimen aka vitamin..suplemen ni vitamin la ataupun ada orang panggil makanan tambahan..hehe

Makanan sunnah ni tidak lah fokus kepada kurma, madu, buah tin, buah zaitun, tembikai dan sebagainya semata2..TETAPI............

Makanan sunnah ialah apa2 makanan yang memberikan kesihatan dan kecergasan walau tidak wujud di zaman Nabi Muhammad. Jenama makanan sunnah jangan hanya disempitkan kepada apa yang ada di zaman Nabi Muhammad..
From:ustaz zaharuddin abd rahman.

Persepsi orang sekarang mengatakan makanan sunnah yang terbaik tanpa ada roh sebenar sunnah yang diamalkan khususnya adab dan etika dalam pemakanan..contohnya ada orang sanggup mengkritik makanan tertentu seperti makanan yang tidak disukai mereka sedangkan antara salah satu etika makan baginda Nabi tidak mengkritik makanan..kalau cerita pasal etika makan baginda Nabi Muhammad S.A.W ni panjang la entry ni...tak pe...insyaAllah Syida akan cerita di lain entry okay... :)

Memang makanan sunnah merupakan makanan yang baik dan hebat tetapi Allah juga menjadikan dan mengurniakan macam2 spesies hidupan lain dimuka bumi untuk dinikmati dan setiap dari spesies hidupan mempunyai nilai pemakanan yang tersendiri dan nilai pemakanan yang tinggi..

Seperti yang di sebut dalam Al-Quran; surah Al-Baqarah ayat no. 168 juz ke 2,
"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu". (2:168)

Saranan Baginda Nabi Muhammad dalam mengubati penyakit dengan ubat-ubatan dan makanan yang biasa digunakan..maksudnya amalan kebiasaan atau kelaziman adalah tabiat bagi seseorang manusia. 

Tahukah anda yang sumber penyakit adalah dari perut?? :) Ya..betul tu...perut adalah sumber kepada penyakit..

Biasakanlah tubuh itu memakan sesuatu yang biasa dimakan. Oleh itu lagi bagus jika kita mencuba/menerokai/menghargai khasiat serta manfaat makanan dan tumbuhan yang berada di sekeliling kita sebagai sumber makanan dan ubatan.

Baginda Nabi Muhammad bukan setakat makan makanan yang di sebut dalam Al-Quran sahaja seperti madu, kurma dan sebagainya tetapi baginda Nabi juga makan roti, daging dan sebagainya tetapi makanan ini contohnya roti tidaklah dikatergorikan sebagai makanan sunnah kan??

Walau apa pun makanan sunnah yang disebut di dalam Al-Quran dan diamalkan oleh baginda Nabi ada hikmahnya yang tersirat..sesetengahnya telah pun dibuktikan melalui kajian dan ada yang masih belum diterokai..

Yang penting kajian perlu dilakukan dalam isu makanan sunnah untuk memastikan pengguna mendapat manfaat dan khasiat yang dijanjikan..

Amalan memakan atau mengamalkan makanan sunnah yang disebut di dalam Al-Quran tidaklah bercanggah dengan konsep dan amalan kesihatan semasa malahan lagi digalakkan jika mendapat manfaat kepada seseorang atau individu itu sendiri.

Tapi jika berlebih-lebihan dalam apa jua makanan yang baik malah dalam pengambilan suplemen sekalipun ia tetap mendatangkan mudharat..

Oleh itu, kesimpulannya...suplimen atau vitamin merupakan makanan tambahan yang boleh membantu kita untuk lebih sihat dan lebih cergas bertenaga..jadi, maksudnya suplimen juga termasuk di dalam makanan sunnah..

Lagi la bagus jika kita mengamalkan kedua-duanya...ingat!!! jangan berlebih-lebihan... :)



Your Shaklee Independent Distributor,

Nurul Syahida Binti Ali
ID: 1113081
Call/SMS/WhatsApp: 013-9212767
Email: nurulsyahidaali@gmail.com
COD Area: Puchong, Ampang, Petaling Jaya
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post