Bantuan Duit Raya Awal Dari Shaklee

Bismillahi MashaAllah..




Duit Raya Awal dari Shaklee ni sangat membantu untuk membuat persiapan raya pada tahun ni. Maklumlah tahun 2023 ni kita terpaksa buat persiapan raya dengan persiapan sekolah serentak. Maka banyaklah mak ayah berhabis duit pada bulan ni. Syida dan keluarga juga tidak terkecuali.

Kenapa panggil duit raya awal?

Sebab bonus Shaklee akan masuk awal sebelum raya. Raya Aidilfitri tahun 2023 inshaAllah akan jatuh pada 22 April 2023. Manakala duit bonus Shaklee akan masuk pada pertengahan bulan April iaitu 14 April 2023 atau lebih awal. Sebab tu bonus Shaklee kali ni dipanggil duit raya awal. Selama 10 tahun dengan Shaklee, belum pernah Syida merasa dapat duit bonus Shaklee lambat. Selalu awal je ada lah. Alhamdulillah syukur.

Boleh buat apa je dengan duit raya awal?

Soalan ni rasanya ramai sangat boleh jawab kut. Hehe. Dekat bawah ni Syida senaraikan beberapa idea yang kota boleh guna untuk memanfaatkan duit raya awal Shaklee kita.

1. Buat persiapan raya. 

Contohnya:
✅️Beli kasut raya
✅️Bayar tempahan baju raya
✅️Bayar tempahan kuih raya rumah sendiri, rumah mak sendiri dan rumah mak mentua
✅️Masukkan dalam envelope raya untuk diagihkan kepada mak abah, mak ayah mentua, anak-anak, anak saudara, anak kawan dan sebagainya
✅️Asingkan sebahagian untuk diberi kepada suami sebagai duit raya. Apa salahnya. Setahun sekali.hehe
✅️Belanja adik beradik baju raya seorang sepasang ke, telekung seorang 1 ke kan. Mesti best tengok kegembiraan orang lain.

2. Zakat

Duit raya awal yang Shaklee bagi tu, jangan lupa buat bayar zakat. Berkat duit raya kita nanti inshaAllah. 

3. Sedekah

Haa..ni lagi best! Kita kan dapat duit raya awal kan. Masa tu masih bulan ramadhan. Apa kata kita ambil keberkatan ramadhan untuk kita bersedekah. Tak kisah lah kita nak bagi duit tunai ke kat orang yang memerlukan atau kita sediakan makanan untuk orang berpuasa berbuka puasa. Berganda-ganda pahala kita dapat. Dah la masa tu dah masuk 10 ramadhan terakhir kan. Best sangat!

4. Simpanan

Yang ni penting. Dalam kita berbelanja, jangan lah kita lupa untuk menyimpan jugak. Selalu kita dengar beraya sakan pastu lepas raya ikat perut untuk tunggu next gaji. Kita tak nak lah macam tu kan. Jadi, kita simpan sedikit untuk kita gunakan bila kita perlu nanti. Kita pun boleh menyimpan dalam bentuk emas. Kita beli la emas. Emas ni pelaburan yang sangat bernilai di masa akan datang.

5. Pelaburan Kesihatan

Ada lagi satu benda yang sangat penting untuk kita laburkan dengan menggunakan duit raya awal Shaklee iaitu suplimen atau vitamin. Kita boleh guna duit raya awal Shaklee ini untuk kita topup suplimen yang penting untuk kita guna sepanjang musim perayaan. Kita kena pastikan semua ahli keluarga kita sihat sepanjang kita beraya. InshaAllah.

Eh..korang tau tak macam mana nak dapat duit raya awal Shaklee ni?

Senang je. Meh Syida cerita sikit. Cara mudah je. Awak perlu jadi ahli Shaklee dulu. Ada 2 cara untuk jadi ahli Shaklee.

1. Bayar RM35 sahaja untuk bayaran yuran ahli

Atau

2. Buat belian barang serendah 100uv terus dapat jadi ahli secara percuma. 




Awak boleh cuba Set Puasa Shaklee juga sebab alang-alang ramadhan dah nak dekat ni kan. Lagi pun sekarang tengah promosi awak. InshaAllah boleh membantu awak berpuasa dengan lebih bertenaga sekaligus dapat membantu anda mempertingkatkan amalan di bulan Ramadhan yang mulia. Awak boleh juga baca Pengalaman Syida dengan Set Puasa Shaklee ni selama 10 tahun😊.

(Promosi ini hanya sah pada bulan Mac 2023 sahaja. Selepas bulan Mac 2023, harga Set Puasa Shaklee ini akan kembali kepada asal)

Macam mana nak jadi ahli?

Syida bantu awak ye. Awak klik je link WhatsApp ni dan bagitau Syida yang awak nak jadi ahli Shaklee. Jadi Syida tolong awak untuk daftar. Kalau awak rasa leceh la nak bagi details kat Syida awak boleh klik je link pendaftaran secara online ini. Nanti selepas daftar, awak WhatsApp je Syida untuk claim hadiah sebagai ahli baru Shaklee. Selagi stok masih ada. Nak baca lebih lanjut tentang hadiah ni, boleh ke entry 9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best.

Nanti dah jadi ahli Shaklee, Syida ajar awak step by step macam mana nak buat untuk dapat duit raya awal dari Shaklee ni.

Alhamdulillah syukur sehingga hari ni Syida masih lagi dapat duit bonus dari Shaklee sejak Syida serius buat bisnes. Syida start join Shaklee masa Februari 2014 dan mula serius buat bisnes Shaklee ni sejak Oktober 2014. 

Kalau Syida boleh, awak pasti boleh jugak. Jom join Shaklee!

Alhamdulillah 'ala kulli hal..




#kocekraya2023
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#shakleepuchong2023


Disclaimer: Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan daripada pakar perubatan yang bertauliah.





















Post a Comment (0)
Previous Post Next Post