3 Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Orang Tak Tahu

Bismillahi MashaAllah 

Hai Assalamualaikum. 

Ingat tak lagi entry Syida tentang Tips Untuk Awak Yang Baru Nak Mulakan Intermittent Fasting atau IF tu? Kesinambungan dari entry tu, Syida nak cerita pulak tentang Keburukan Intermittent Fasting.

Tau tak anda, banyak kebaikan yang boleh dapat jika anda membuat intermittent fasting sehingga mendapatkan autophagy.

Apa itu autophagy


Autophagy adalah cara sel-sel membersihkan dirinya yang rosak, untuk menjana semula sel-sel baru yang lebih sihat.

“Auto” bermaksud diri dan “fagy” bermakna makan. Oleh itu makna literal autophagy adalah “makan sendiri.”

Ia juga dirujuk sebagai “self eating.” Ia sebenarnya memberi manfaat kepada kesihatan anda secara keseluruhan.

Mekanisme autophagy memberi peluang badan memelihara badan di mana ia boleh keluarkan sel yang disfunction dan kitar semula bahagian-bahagian yang perlu untuk dibersihkan secara selular.

Autophagy merangsang sistem imun anda dan membantu mengurangkan keradangan kronik dalam badan anda. Seterusnya, ia boleh membantu mengurangkan risiko penyakit moden dengan keradangan asas, seperti penyakit metabolik, autoimun, penyakit jantung dan kanser.

Terdapat keburukan Intermittent Fasting yang perlu anda ambil kira supaya anda tahu sama ada Intermittent Fasting yang anda lakukan ini berkesan atau sebaliknya.

1. Memusnahkan Collagen dalam Badan

70 peratus di dalam badan adalah air dan 30 peratus lagi adalah protein termasuklah collagen. Bayangkan anda sudah seronok buat Intermittent Fasting dan ingin turunkan berat badan tetapi dalam masa yang sama anda tidak sedar yang anda sudah kehilangan collagen dalam badan.

Tambahan pula, ketika autophagy berlaku ia akan menggalakkan kemusnahan penghasilan natural collagen. Ini bermakna collagen yang memang dihasilkan oleh badan akan berkurangan!

2. Menyekat peningkatan collagen

Sudahlah dia galakkan kemusnahan collagen dia menyekat pula peningkatan collagen dalam badan sehingga menyebabkan berlakunya penuaan, kemerosotan kulit dan keguguran rambut.

Jaga-jaga para wanita, jangan terlalu asyik menurunkan berat badan tetapi tidak tahu bahawa badan sedang dalam keadaan bahaya. Sudah lah tidak tahu, badan hantar signal juga tidak dihiraukan sama sekali.

3. Mengalami keletihan melampau

Collagen berada dalam keluarga protein yang mana ia memberikan kebaikan dan tenaga pada tubuh badan. Jika collagen berkurangan, badan akan terasa letih yang melampau kerana kekurangan minerals dan nutrisi micronutriens.

Oleh itu, tak hairan lah jika anda melakukan Intermittent Fasting dan ada penurunan berat badan tetapi rambut mudah gugur, kulit semakin kusam dan kelihatan berumur, tulang tidak kuat, mudah sakit badan, dan sebagainya. Mungkin ini penyebabnya. Seram kan!

Apa yang anda rasa bila dah tau Intermittent Fasting juga membawa kesan buruk pada badan anda?

Tapi, tapi, tapi...jangan takut dulu...

Tahukah anda, Selain mengamalkan intermittent fasting, proses Autophagy boleh juga terjadi dalam tubuh dengan pengambilan Suplemen Terbaik seperti Vivix dan Coq Trol.


Untuk huraian lanjut Syida akan ceritakan di next entry.

#kocekraya2023
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#shakleepuchong2023

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post