Kisah Rasulullah Menawarkan Bangkai Anak Kambing Yang Cacat


 

[Kisah Bangkai Anak Kambing Cacat]


Kisah ni Syida pertama kali dengar dari Ustaz Mohd Asri masa Quran Time malam tadi.


Dari Jabir bin Abdullah menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah pergi ke sebuah pasar di Madinah. Siapa yang pernah pergi pasar di Madinah, dia mesti boleh bayangkan banyak orang jual-jual. Sambil Nabi berjalan baginda dikelilingi sahabat di kiri dan kanan baginda. Ustaz cakap, masa zaman Nabi, sahabat suka nak berjalan dengan Nabi sebab mereka suka mendapat faedah dari kata-kata yang keluar dari mulut nabi. 


Masa Nabi berjalan, Nabi jumpa dengan seekor anak kambing dah mati yang cacat telinga. Telinga anak kambing tu kecik tak seperti kambing yang normal. Nabi ambik dan dukung bangkai anak kambing tersebut. Ustaz cerita, ada pendapat cakap anak kambing tu mungkin baru mati sebab Nabi dukung anak kambing tu. 


Lalu Rasulullah berkata kepada para sahabat. "Siapa nak tukar anak kambing ni dengan dirham?". Tapi tiada seorang pun yang nak tukarkan anak kambing yang dah mati tu dengan dirham.


Pastu Rasulullah tanya lagi. "Kalau bagi percuma, siapa nak?"


Jawab sahabat, " Kalau anak kambing tu hidup sekalipun belum tentu ada yang nak. Dah la cacat, telinga kecil. Apatah lagi yang dah mati menjadi bangkai."


Mendengar jawapan dari sahabat, lalu nabi bersabda, ''Demi Allah, sungguh dunia ini lebih rendah dan hina bagi Allah daripada bangkai anak kambing ini untuk kalian.'' (HR Muslim). 


Di sisi Allah, dunia yang dikejarkan ini tiada nilai langsung. Sibukkan hal dunia sampaikan hak Allah tidak ditunaikan. Sibukkan hal dunia sampaikan bergaduh berebut jawatan, berebut harta dan sebagainya. Sibukkan hal dunia sehinggakan yang utama ditundakan, hal dunia diutamakan. Solat dilambat-lambatkan malah lagi sedih sehinggakan solat ditinggal-tinggalkan. 


Tanya diri kita, jika Allah tarik nyawa kita di saat ni, apa yang kita nak persembahkan dihadapan Allah? Maka, jadikanlah kematian yang berlaku di sekeliling kita adalah tazkirah yang paling berkesan di hati kita.


Ustaz pesan, kehidupan kita yang sebenar adalah kita mencari kejayaan di dunia ini untuk kita bawa ke kehidupan di akhirat. 


Tujuan utama Allah jadikan manusia adalah untuk beramal ibadah kepada Allah.


Firman Allah Ta’ala,وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ“Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku (saja)” (QS. Adz-Dzaariyaat: 56).

Ada sesuatu tak dari kisah ni?😊


Semoga Allah ampuni doa mak dan ayah kita semua. Aamiin.


Assalamualaikum salam Jumaat🌹


اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Jum perbanyakkan selawat💐


-Syahida Ali-

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post