Kehamilan Yang Berisiko



Hari ni Syida nak cerita sikit tentang kehamilan yang berisiko..jum kita tengok!! :) :) :)

=============================================================================

Terdapat segelintir ibu hamil mungkin tergolong

dalam kumpulan berisiko tinggi. Keadaan tersebut boleh dirawat melalui penjagaan kesihatan ibu hamil oleh anggota kesihatan terlatih.

ADAKAH ANDA BERISIKO??

Ya....Sekiranya anda.....

  1. Mengandung kali pertama
  2. Mengandung kali ke enam atau lebih
  3. Berumur kurang dari 18 tahun
  4. Mengandung kali pertama pada umur 35 tahun ke atas
  5. Jarak kelahiran kurang dari 2 tahun atau lebih 5 tahun
  6. Mempunyai sejarah kehamilan yang bermasalah
  7. Mengidap penyakit-penyakit seperti anemia, diabetes, hipertensi, dan penyakit jantung
  8. Mengalami pendarahan semasa hamil
  9. Kandungan kembar atau lebih
  10. Kedudukan janin luar biasa seperti menyongsang atau melintang
  11. Pecah mentuban sebelum cukup bulan

MENGAPAKAH KEADAAN INI MENINGKATKAN RISIKO KEPADA IBU HAMIL

Mengandung kali pertama
  • ibu tidak berpngalaman dan tidak pernah melalui proses kehamilan dan kelahiran

Mengandung kali ke enam atau lebih

  • para ibu yang mengandung anak ke enam atau lebih mudah mendapat komplikasi seperti anemia, hipertensi, kedudukan janin yang tidak tetap dan pendarahan yang banyak semasa bersalin

Berumur kurang dari 18 tahun

  • mudah menghadapi komplikasi disebabkan organ reproduktif yang kurang matang dan tidak berpengalaman secara fizikal dan emosi

Mengandung kali pertama pada umur 35 tahun ke atas

  • mudah mendapat komplikasi seperti diabetes dan hipertensi

Jarak kelahiran kurang dari 2 tahun atau lebih 5 tahun

  • berisiko tinggi mendapat pendarahan semasa hamil, kelahiran pra-matang dan bayi kurang berat lahir

Mempunyai sejarah kehamilan yang bermasalah

  • sejarah kandungan yang bermasalah boleh berlaku/berulang pada kehamilan semasa.

semoga info ini bermanfaat...apa-apa pun Syida doakan semuanya selamat dan banyakkan berdoa kepada Allah...in Shaa Allah segalanya dipermudahkan..aamiin :) jumpa lagi.... :)





Untuk info dan order produk shaklee;

~Nurul Syahida~
    013 921 2767    

your trusted Shaklee Distributor :)
Pengedar Shaklee Berdaftar yang KOMITED!


6 Comments

  1. Very good explaination syida!

    Alhmdulillah, ena x termasuk dlm 11 golongan ini..semoga allah melindungi anak2 dlm kandungan ibu3 yg sedang hamil sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin...semoga Allah permudahkan ena jgk...:)

      Delete
  2. nice~ yang penting, sentiasa lengkapkan diri dengan ilmu untuk ibu mengandung.. kena rajin baca dan buat research kan.. ^_^

    btw, syida fakulti mana dulu? heeeeee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syida faculty FEM.. grad 2009...:) dah tua daaa...hahaha

      Delete
  3. salam singgah dari wayneharraz.com

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post