Friday, 15 October 2021

Testimoni Life Shake Elderberry : Rasa Kenyang Lebih Lama

Ramai orang bercerita tentang Life Shake Elderberry Shaklee yang memberi rasa kenyang lebih lama. Anda yang datang ke sini mesti nak tau dan nak kepastian betul ke Life Shake Elderberry ni memberi rasa kenyang lebih lama. Betul?

Okay, sebelum tu Syida nak tunjukkan rupa Life Shake Elderberry Shaklee. Boleh tengok pada gambar di bawah ni. 


Testimoni Life Shake Elderberry : Rasa Kenyang Lebih Lama

Ini lah dia rupa bentuk produk Shaklee Life Shake Elderberry. warna purple dia yang sangat cantik bila bancuh serta rasanya yang sangat sedap.

Jum tengok apa kata Wawa,



"MasyaAllah best sangat Life Shake Elderberry (LSE) ini, sebab setiap hari Wawa jadi sangat kurang makan. Bila minum LSE sampai lupa belum makan pagi, tengahari. Memang betul sebab dalam LSE ada lebih 28 jenis vitamin dan mineral (multivitamin) yang membantu memberi rasa kenyang lebih lama. Bila ambil waktu puasa, kita tak rasa craving langsung dengan makanan. Boleh jeling je uols tengok makanan tu. Hihi"

Jika siapa yang nak kurus, LSE sangat lah membantu dalam perjalanan kurus awak nanti. Syida sendiri ada pengalaman minum Life Shake Elderberry ni masa Syida berusaha turunkan berat badan. 

Kalau nak tahu pengalaman Syida bersama Life Shake Elderberry ni boleh klik di sini.





Continue Reading

Tuesday, 12 October 2021

Testimoni Life Shake Elderberry : Kenyang Lebih Lama

Life Shake Elderberry adalah produk baru dari Shaklee yang mula dijual di Malaysia pada tahun 2021.

Kali ni Syida nak kongsikan pengalaman Syida sendri menggunakan Life Shake Elderberry ni. Kiranya ni adalah testimoni Syida sendiri. 


Syida mula ambil Life Shake Elderberry ni masa Projek Kurus 4.0 #MisiKempis bersama Life Shake Elderberry. Projek Kurus ni bermula pada 15 Julai 2021 sehingga 12 Ogos 2021. Alhamdulillah Syida salah seorang finisher untuk Projek Kurus 4.0.

Pengalaman Syida minum Life Shake Elderberry ni, Syida tiada masalah pembuangan. Prebiotik dalam Life Shake Elderberry (LSE) sangat bagus untuk perut dan Syida langsung tak ada masalah pembuangan sejak minum LSE. 

Selain itu, Leucine dalam LSE ni berfungsi membuatkan Syida rasa kenyang lebih lama. LSE boleh ganti meal kita tau. Untuk boost imun sekali pulak tu. Lengkap! Sedap sangat rasa LSE ni. Tak sama langsung rasa dia dengan ESP. Dengan warna purple dia tu memang sangat teruja nak minum.




Dah lah sedap Life Shake Elderberry ni tau. Banyak khasiat pulak tu. Biasanya Syida akan minum waktu pagi kalau nak skip breakfast berat atau ambik waktu dinner malam. 

Mengenyangkan dan sangat membantu Syida dalam perjalanan menurunkan berat badan semasa Projek Kurus4.0 berjalan. Alhamdulillah.

Untuk bertanya lebih lanjut tentang Life Shakle Elderberry, boleh terus contact Syida di Whatsapp. Terima Kasih.




Jika ingin menikmati harga Shaklee dengan lebih murah, anda boleh menjadi ahli Shaklee dengan mudah dengan hanya klik di sini.
Continue Reading

Friday, 8 October 2021

Kisah Rasulullah Menawarkan Bangkai Anak Kambing Yang Cacat


 

[Kisah Bangkai Anak Kambing Cacat]


Kisah ni Syida pertama kali dengar dari Ustaz Mohd Asri masa Quran Time malam tadi.


Dari Jabir bin Abdullah menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah pergi ke sebuah pasar di Madinah. Siapa yang pernah pergi pasar di Madinah, dia mesti boleh bayangkan banyak orang jual-jual. Sambil Nabi berjalan baginda dikelilingi sahabat di kiri dan kanan baginda. Ustaz cakap, masa zaman Nabi, sahabat suka nak berjalan dengan Nabi sebab mereka suka mendapat faedah dari kata-kata yang keluar dari mulut nabi. 


Masa Nabi berjalan, Nabi jumpa dengan seekor anak kambing dah mati yang cacat telinga. Telinga anak kambing tu kecik tak seperti kambing yang normal. Nabi ambik dan dukung bangkai anak kambing tersebut. Ustaz cerita, ada pendapat cakap anak kambing tu mungkin baru mati sebab Nabi dukung anak kambing tu. 


Lalu Rasulullah berkata kepada para sahabat. "Siapa nak tukar anak kambing ni dengan dirham?". Tapi tiada seorang pun yang nak tukarkan anak kambing yang dah mati tu dengan dirham.


Pastu Rasulullah tanya lagi. "Kalau bagi percuma, siapa nak?"


Jawab sahabat, " Kalau anak kambing tu hidup sekalipun belum tentu ada yang nak. Dah la cacat, telinga kecil. Apatah lagi yang dah mati menjadi bangkai."


Mendengar jawapan dari sahabat, lalu nabi bersabda, ''Demi Allah, sungguh dunia ini lebih rendah dan hina bagi Allah daripada bangkai anak kambing ini untuk kalian.'' (HR Muslim). 


Di sisi Allah, dunia yang dikejarkan ini tiada nilai langsung. Sibukkan hal dunia sampaikan hak Allah tidak ditunaikan. Sibukkan hal dunia sampaikan bergaduh berebut jawatan, berebut harta dan sebagainya. Sibukkan hal dunia sehinggakan yang utama ditundakan, hal dunia diutamakan. Solat dilambat-lambatkan malah lagi sedih sehinggakan solat ditinggal-tinggalkan. 


Tanya diri kita, jika Allah tarik nyawa kita di saat ni, apa yang kita nak persembahkan dihadapan Allah? Maka, jadikanlah kematian yang berlaku di sekeliling kita adalah tazkirah yang paling berkesan di hati kita.


Ustaz pesan, kehidupan kita yang sebenar adalah kita mencari kejayaan di dunia ini untuk kita bawa ke kehidupan di akhirat. 


Tujuan utama Allah jadikan manusia adalah untuk beramal ibadah kepada Allah.


Firman Allah Ta’ala,وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ“Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku (saja)” (QS. Adz-Dzaariyaat: 56).

Ada sesuatu tak dari kisah ni?😊


Semoga Allah ampuni doa mak dan ayah kita semua. Aamiin.


Assalamualaikum salam Jumaat🌹


اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Jum perbanyakkan selawat💐


-Syahida Ali-

Continue Reading

Saturday, 29 May 2021

Doa Memohon Rahmat dari Muntakhab Ahadis (Hadis- Hadis Pilihan)

Assalamualaikum salam jumaat.

Sempena hari jumaat yang mulia ni Syida nak kongsikan 1 doa yang MasyaAllah Tabararakallah sangat lengkap bagi kita seorang islam untuk kita baca selalu.

Doa ni nabi baca waktu solat tahajud. Bila kita baca dan amalkan apa yang nabi buat InshaAllah ada pahala untuk kita kerana mengamalkan apa yang nabi buat(sunnah).

Doa ni sumber dari kitab Muntakhab Ahadis Hadis-Hadis Pilihan (muka surat 191-192).

163. Sayyidina Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa pada suatu malam ketika Rasulullah telah selesai solah tahajud beliau mendengar Baginda membaca,

اللهم إني أسألك رحمة من عندك ..... إلى الآخر

"Ya Allah, aku memohon daripada-Mu rahmat yang khusus yang dengan rahmat itu Engkau memberi petunjuk kepada hatiku, yang dengan rahmat itu Engkau memudahkan urusanku, yang dengan rahmat itu Engkau menjauhkan kesusahanku, yang dengan rahmat itu Engkau memperelok semua urusanku
semasa ketiadaanku, yang dengan rahmat itu Engkau meninggikan darjat dan memuliakan perkara-perkara yang ada di sisiku, yang dengan rahmat itu Engkau mensucikan amalanku (daripada syirik dan riak), yang dengan rahmat itu Engkau mengilhamkan kepadaku perkara-perkara yang baik dan sesuai untukku, yang dengan rahmat itu Engkau mengembalikan kepadaku perkara-perkara yang aku kasihi, yang dengan rahmat itu Engkau memeliharaku daripada segala keburukan.

Ya Allah, kurniakan kepadaku keyakinan dan keimanan yang tidak akan berlaku selepasnya kekufuran, dan kurniakan kepadaku rahmat yang aku mencapai dengan rahmat itu kemuliaan kehormatan-Mu di dunia dan akhirat. 

Ya Allah, aku memohon daripada-Mu kejayaan dalam ketentuan-Mu, layanan untukku seperti layanan para syuhada dan kehidupan orang yang bahagia dan bantuan-Mu dalam menghadapi musuh. 

Ya Allah, sesungguhnya aku membentangkan kepada-Mu hajatku yakni aku memerlukan rahmat-Mu walaupun akalku lemah untuk
memahaminya dan amalanku lemah untuk mendapatkannya.

Aku memohon daripada-Mu wahai Tuhan yang membereskan segala urusan dan yang mententeramkan segala hati, supaya Engkau memisahkan daku daripada
neraka sa’ir sebagaimana Engkau dengan kudrat-Mu memisahkan antara laut-laut (sehingga air yang masin tidak bercampur dengan air yang tawar) dan supaya Engkau memelihara daripada azab-azab yang dahsyat (sehingga apabila seseorang
melihat azab itu dia akan berdoa untuk mati) dan daripada azab kubur.

Ya Allah, Tuhan sekalian alam, aku terlalu ingin dan aku memohon daripada-Mu dengan rahmat-Mu akan kebaikan yang Engkau telah janjikan kepada mana-mana hamba-Mu ataupun kebaikan yang Engkau akan beri kepada sesiapa daripada hamba-Mu sedangkan akalku lemah daripada memahami kebaikan itu dan niatku tidak dapat menjangkauinya dan aku pun tidak pernah memohon kebaikan itu.

Wahai Allah, Tuhan yang mempunyai perjanjian yang kukuh dan pemilik kepada amalan yang benar, aku memohon kepada-Mù keamanan pada hari azab dan aku memohon (dimasukkan ke dalam) syurga pada
hari kiamat bersama orang-orang yang hampir dengan-Mu, yang hadir dalam penyembahan-Mu, yang banyak melakukan rukuk dan sujud dan sentiasa menunaikan janji. 

Engkaulah Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih
dan sesungguhnya Engkau melakukan apa-apa yang Engkau kehendaki. 

Ya Allah, jadikanlah kami orang yang menjadi petunjuk jalan yang lurus kepada orang lain sedangkan kami sendiri mendapat petunjuk. 

Jangan jadikan kami orang-orang
yang sesat serta menyesatkan orang lain. 

Berdamai dengan kekasih-kekasih-Mu dan bermusuh dengan musuh-musuh-Mu. 

Kami mengasihi orang-orang yang
mengasihi-Mu demi kasih sayang-Mu itu dan kami memusuhi orang-orang yang menentang-Mu demi permusuhan-Mu (dengan mereka).

Ya Allah, ini hanyalah doaku dan penerimaannya terserah kepada-Mu. 

Ini ialah usaha daripadaku.

Kepada-Mulah aku berserah. 

Ya Allah, jadikanlah nur dalam hatiku, nur dalam kuburku, nur di hadapanku, nur di belakangku, nur di kananku, nur di kiriku, nur di atasku, nur di bawahku yakni nur-Mu di sekelilingku, nur pada pendengaranku, nur pada penglihatanku, nur pada rambutku, nur pada kulitku, nur pada dagingku, nur pada darahku, nur pada tulang-tulangku. 

Ya Allah, tambahkanlah nur bagiku dan kurniakanlah kepadaku
nur serta jadikanlah bagiku nur. 

Maha Suci Allah, Tuhan yang memakai pakaian kemuliaan dan berfirman dengan kemuliaan. 

Maha Suci Tuhan yang memakai
pakaian kepujian dan bermurah hati dengannya. 

Maha Suci Tuhan yang tidak layak sebarang pengkudusan kecuali kepada-Nya. 

Maha Suci Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemurahan. 

Maha Suci Tuhan yang memiliki
kebesaran dan kemuliaan.” 

(Tirmizi)




Doa ni Syida pernah share dekat facebook Syida masa bulan Januari 2021. Boleh klik di sini kalau nak baca dekat Facebook Syida.😊

Doa ni mentor Syida Aeinna Musa kongsikan kepada Syida dan kepada sahabat-sahabat Syida dalam team kami. Saham pahala untuk beliau kerana ramai yang mengamalkannya. Best kan😊

Semoga bermanfaat untuk semua.
Continue Reading