11 Persediaan Mama Untuk Lancarkan Penyusuan

Menyusukan bayi secara eksklusif selepas bersalin ialah impian kebanyakan ibu hamil. Bagi anda yang mahu merealisasikannya, ketahui apa bakal berlaku dan cara menghadapinya.

Jum baca 11 Persediaan Mama Untuk Lancarkan Penyusuan di bawah. :)

1. Bilakah susu ibu mula dihasilkan?

Susu ibu terhasil sejurus selepas bayi dilahirkan. Ia terhasil secara fitrah dan semulajadi. Penghasilan susu ibu akan melalui peringkat demi peringkat dan jumlahnya bersesuaian dengan keperluan dan perkembangan bayi. 

2. Apakah persediaan yang perlu dibuat semasa hamil?

Anda yang berhasrat untuk menyusukan bayi perlu bersedia dari sudut mental dan fizikal. Ia termasuklah memperbanyakkan pembacaan mengenai penyusuan agar anda lebih bersedia, mendapatkan banyak ilmu penyusuan dan menyediakan perkakas penyusuan yang sesuai.

3. Apakah puting payudara perlu dibersihkan semasa hamil untuk memudahkan penyusuan selepas bayi lahir?

Perlu dibersihkan dengan air putih sahaja. Selain itu, di bahagian puting juga boleh dibersihkan dengan kain lembap atau berus gigi bagi melancarkan pengeluaran susu selepas bersalin nanti.

4. Apakah kubis boleh melegakan payudara bengkak?

Kubis sedikit membantu untuk mengurangkan rasa sakit semasa payudara bengkak. Selain kubis, ais juga dapat membantu melegakan bengkak payudara. Boleh gunaais sebagai tuaman.

5. Bolehkan berikan saya panduan supaya bayi boleh melekap dengan betul?

(gambar : sumber dari Google)

Perlekapan yang betul akan memastikan penyusuan lebih berkesan. Untuk itu, anda perlu memangku bayi dalam posisi yang disarankan iaitu bahagian mulutnya perlu bertentangan dengan payudara dan berlaku sentuhan perut ke perut.

6. Berapa lama saya harus menyusu pada sebelah payudara agar susu dapat dikeluarkan sepenuhnya?

Anda disarankan untuk menyusu dalam anggaran 15 hingga 20 minit bagi setiap belah payudara bagi memastikan bayi mendapat susu awal dan akhir. Walaubagaimanapun, had masa juga bergantung kepada situasi dan keadaan bayi.

7. Bilakah saya boleh mula buat stok susu perahan sebelum mula bekerja selepas cuti bersalin?

Saya menyarankan agar stok susu ibu perahan dibuat dua minggu selepas kelahiran bayi. Pada waktu ini jumlah susu ibu semakin 'matang' dan anda mempunyai jangka masa yang cukup untuk mengumpulnya.

8. Adakah betul menyusu bayi akan menjejaskan bentuk payudara ibu?

Ya. Memang payudaraakan berubah dansedikit terjejas sepanjang penyusuan. Realitinya, payudara anda akan sedikit membesar dalam tempoh menyusukan akibat hormon. Walau pun begitu, ia juga bergantung kepada tubuh badan seseorang.

9. Bilakah saya harus mula menyusukan bayi selepas bersalin?

Anda boleh mula menyusukan sebaik sahaja bayi dilahirkan. Jangan lengahkan sesi penyusuan kerana kolostrum mula dikeluarkan. Kolostrum yang berwarna kekuningan dan pekat sudah mula dihasilkan. Ia amat berkhasiat untuk menguatkan imuniti bayi. Kolostrum akan dikeluarkan sehingga 2 minggu.

10. Saya hamil lagi tapi bayi masih menyusu. Perlukah hentikan penyusuan?

Penyusuan semasa hamil boleh diteruskan jika tidak memudaratkan dan anda mampu untuk meneruskannya. Jika anda hamil dan menyusu, pastikan tahap kesihatan perlu dijaga dengan sebaik-baiknya.  Paling mustahak pemakanan perlu seimbang dan rehat yang cukup.

11. Adakah penyusuan semasa hamil akan memudaratkan kandungan?

Penyusuan semasa hamil bergantung pada tahap kesihatan seseorang ibu. Dapatkan saranan daripada doktor untuk pengesahan tahap kesihatan yang membolehkan anda menyusu semasa hamil. Ada yang berjaya menyusukan bayi semasa hamil tanpa masalah dan ada juga yang tidak berjaya.

Info : Penting untuk anda memastikan bayi mendapat kolostrum. Kolostrum ialah susu awal yang dihasilkan payudara selepas kelahiran dan mula dihadam oleh bayi. Ia memberi kesan laksatif kepadanya di mana akan menggalakkan bayi membuang air besar. Hal ini secara tidak langsung akan menyingkirkan bilirubin yang berlebihan dan mengelakkan jaundis.

Sumber : Majalah Pa&Ma (Siti Asmah Moin, Pengerusi Kumpulan Sokongan Susu Ibu Pahang)
Anda berminat dengan Set Menyusu Shaklee?


Apakah yang terkandung di dalam Set Menyusu Shaklee dan berapakah pelaburan yang diperlukan? Klik sini.

Mahu baca feedback lain tentang Set Menyusu Shaklee? Klik sini.

Hubungi kami jika anda berminat dengan Set Menyusu Shaklee untuk kami bantu anda membuat keputusan :)


Nurul Syahida (Syida)

013 921 2767
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
COD Puchong Utama

Pengeposan ke seluruh Malaysia

5 Comments

  1. good info especially untuk first-time mommies.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiuu ain singgah sini...untuk ibu anak nak masuk dua ni pun banyak kene blajar lagi ni...hehe

      Delete
  2. Info yang bagus buat ibu2 yang baru nak mulakan penyusuan ibu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..ibu tak baru macam Syida ni pun banyak nk kene belajar kak pia..hehe

      Delete
  3. Info berguna sesangat..untuk yg baru nak memulakan bf journey ;-)

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post