MENGAPA AIR KENCING ANDA BERBUIH?

Assalamualaikum...sedikit info yang Syida dapat untuk dikongsikan kepada sahabat-sahabat Syida..:) Semoga info yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada pembaca semua! :)

...............................................................................................................


Pernahkah anda melihat air kencing anda mengandungi buih yang banyak? 
Tahukah pula anda mengapa munculnya buih tersebut di dalam air kencing anda?

Jika anda menganggap ianya adalah perkara biasa, anda telah melakukan kesilapan. Apabila air kencing anda berbuih, itu menunjukkan buah pinggang anda telah mula rosak.

Mengapa saya katakan demikian? 

Tahukah anda bahawa munculnya buih yang banyak tersebut menunjukkan bahawa air kencing anda mengandungi protein. 

Inilah suatu gejala yang dikenali sebagai proteinuria.

Bagaimana pula wujudnya protein di dalam urin menjadi tanda buah pinggang telah rosak?

Soalan yang bagus. Saya katakan demikian kerana fungsi buah pinggang yang sihat ialah menapis keluar bahan-bahan buangan dari darah.

Tetapi protein dan bahan yang diperlukan oleh tubuh akan ditinggalkan di dalam darah. Kebanyakan zat-zat protin tidak sepatutnya melalui penapis buah pinggang.

Namun,sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang sudah pun rosak. Di mana protein dari dalam darah yang diperlukan oleh tubuh akan bocor dan keluar bersama urin.

Protein yang selalunya dikesan muncul di dalam kandungan urin ialah albumin. Albuminuria adalah istilah yang sering digunakan ketika ujian untuk mengesan kewujudannya di dalam urin.

Jadi selepas ini berwaspadalah dengan kehadiran buih di dalam air kencing anda. Kerana ia mungkin tanda buah pinggang anda sudah mulai rosak.

Semoga info ini berguna buat semua. Jaga lah kesihatan ya kawan-kawan kerana kesihatan kita ni tidak boleh di beli di mana-mana pun.. :)


With love, 
Syida 013 921 2767
Si Penggemar Suplement Shaklee

2 Comments

  1. Info yang bagus. Ramai yang masih lagi tak tahu tentang air kencing berbuih ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...kadang-kadang terlupa tentang info ni... :)

      Delete
Post a Comment
Previous Post Next Post