5 Cara Urus Susu Perahan Ketika Kerja Luar




Setiap ibu mesti ingin memberi susu ibu kepada anak yang dilahirkannya. Bersyukurlah kepada ibu yang diberi rezeki susu ibu yang banyak oleh Allah kepadanya.Bagi ibu bekerja, mereka kadang-kadang perlu mencuri masa untuk membuat stok susu untuk anaknya di waktu bekerja.


Mesti ada yang cakap untunglah ibu-ibu yang tidak bekerja dan menjaga anaknya sendiri di rumah kerana mudah baginya untuk memberi susu ibu pada anaknya. Perlu diingatkan di sini ada juga ibu-ibu yang tidak bekerja tidak mempunyai susu. Hah!bagaimana tu? Bagi Syida bersyukurlah dengan apa yang ada dan tidak perlulah untuk sentiasa nampak kelebihan orang lain kerana kadang-kadang dalam kita tidak sedar kita terlupa untuk mensyukuri nikmat yang diberikan.

Eh...panjang pulak menaipnya kann..hihi..Syida sebenarnya nak share sedikit tips kepada ibu-ibu menyusu yang selalu kena kerja luar atau orang terengganu panggil outstation tu..hehe..jangan marah ye..hihi..

5 Cara Urus Susu Perahan Ketika Kerja Luar

1. Sebelum kerja luar kawasan, sahkan dengan tempat penginapan, sama ada bilik anda dilengkapi peti sejuk yang mempunyai ruang beku atau sebaliknya.

2. Bawa bersama kota polistrin dan satu kilogram garam kasar yang akan digunakan untuk menyimpan stok perahan susu ibu sewaktu pulang dari tempat kerja luar kawasan.

3. Dalam perjalanan sama ada menaiki pesawat atau kenderaan darat, perah susu seperti biasa. Jangan tunggu sehingga payudara penuh atau bengkak.

4. Stok susu yang diperah perlu di simpan di dalam beg pendingin. Beg itu mesti diletakkan di tempat yang terlindung dari kawasan panas matahari.

5. Sekiranya menaiki kenderaan darat, sebaik-baiknya penghawa dingin dihalakan ke arah beg pendingin itu bagi memastikan suhu sejuknya terpelihara.

Semoga tips ini bermanfaat untuk anda! :)


With Love,

Syida 

013 921 2767
013 921 2767
013 921 2767

2 Comments

Post a Comment
Previous Post Next Post